Jangan Undang Murka Allah : Muzik Tamborin Dalam Masjid

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

- Acara doa dengan iringan muzik tamborin dalam masjid

Tular rakaman video acara berdoa beramai-ramai sambil berdiri dengan iringan muzik tamborin dalam sebuah masjid di ibu kota. 

Amat tidak wajar masjid rumah Allah ﷻ dicemari dengan bunyi-bunyi alatan muzik syaitan. 

Walhal para ulama sejak dahulu telah sepakat secara ijmak mengharamkan alat-alat muzik berdasarkan nas-nas Al-Quran dan al-Sunah. 

Kata seorang ulama besar mazhab al-Syafie, Imam Ibnu Hajar al-Haithami: 

الأوْتَارُ وَالمعَازِفُ كَالطُّنْبُور وَالعُود والصَّنْج .. وَغَيْرُ ذَلِكَ مِنْ الآلاتِ المشْهُورَة عِنْدَ أهْل اللَّهْو وَالسَّفَاهَة وَالفُسُوق وَهِذِهِ كُلُّهَا مُحرَّمَة بِلا خِلافٍ. 

“Alat-alat muzik seperti rebana, mandolin, simbal... dan alatan lain yang digunakan oleh orang-orang yang suka berhibur dan berpesta daripada kalangan orang-orang fasik, semuanya adalah haram tanpa khilaf.” 

[Kaf al-Ra’a An Muharrmaat al-Lahwi Wa al-Sama’, hlm. 118]

Beliau menegaskan bahawa barang siapa mengatakan ia merupakan antara permasalahan khilafiah maka dia telah silap atau dikuasai oleh hawa nafsunya sehingga menjadi pekak lagi buta lalu tidak dapat melihat kebenaran. 

Kata Imam al-Baghawi: 

وَاتَّفَقُوا عَلَى تَحْرِيم المَزَامِيرِ وَالملاهِي وَالْمَعَازِف.

“Mereka sepakat tentang haramnya alat-alat muzik.” 

[Syarah al-Sunah, 12/383]

Kata Ibnu Qudamah: 

آلَةُ اللَّهْوِ كَالطُّنْبُورِ وَالْمِزْمَارِ ... آلَةٌ لِلْمَعْصِيَةِ بِالْإِجْمَاعِ.

“Alat-alat muzik seperti rebana dan seruling... ialah alat-alat maksiat secara ijmak.”

[al-Mughni, 9/132]

Antara ulama lain yang turut menukilkan ijmak haramnya muzik ialah Imam al-Qurtubi, Abu al-Fath Salim bin Ayyub al-Razi al-Syafie, Imam Ibnu Jarir al-Tabari, Imam al-Ajuri, Imam Abu al-Tayyib al-Tabari al-Syafie, Imam Ibnu al-Salah dan yang lain. 

Jangan undang murka Allah.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments