Khilaf Ulama (Nota DIS)

 OLEH: Dr Idris Sulaiman




Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu.

Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah.

Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah sebaliknya penjelasan al-Sunah itulah yang menjadi hujah ke atas lawan sejak dahulu sampai bila-bila.

Adapun menetapkan kaedah-kaedah tertentu dan mengatakan bahawa ia merupakan asas lalu dengannya ditolak al-Sunah atas alasan ia menyalahi kaedah tersebut, maka sesungguhnya jika ditolak seribu kaedah yang tidak didasari dalil Al-Quran dan al-Sunah lebih patut berbanding ditolak satu hadis yang sahih.
- Ibnu al-Qayyim


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments