Tak Suka Poligami Sebab Pak Lebai?

 OLEH: Huzaifah Hadis


Tak setuju dengan isu Syamsul, kenapa perlu kait dengan nabi. Kemudian acah guna ayat Al-Quran tetapi ikut tafsiran sendiri.

Maksud nabi tidak mampu berlaku adil bukanlah dari sudut nafkah zahir tetapi nafkah batin (bab hati dan perasaan). Biasalah, sebab nabi seorang manusia yang mempunyai rasa cinta dan rindu kepada seseorang lebih daripada yang lain.

Sepertimana nabi merindui Khadijah hinggakan Aisyah cemburu bila nabi asyik menyebut Khadijah. Adakah itu bermakna nabi tidak adil kepada Aisyah dan isteri-isteri nabi yang lain?

Tatkala nabi sakit, nabi meminta untuk berada di bilik Aisyah, dan kesemua isteri baginda membenarkan. Nabi tengah sakit pun, nabi minta izin kepada isteri-isteri berkenaan no giliran. Itupun boleh tuduh nabi tidak berlaku adil?

Isteri-isteri baginda sendiri tiada masalah, dia pula yang lebih-lebih. 

Untuk elakkan dikecam, siap label yang tak bersetuju semuanya geng lebai. Padahal mentafsir ayat Al-Quran ikut tafsiran sendiri supaya kena dengan hawa nafsu.

Kalau ikut hukum, sudah sah jatuh murtad perempuan sebegitu sebab mempermainkan Al-Quran dan hadith. Lebih pelik kalau ada follower yang sanggup sokong dia banding sokong nabi. 

Bacalah sampai habis tafsiran surah at-Tahrim itu, bukan baca terjemahan kemudian tafsir sendiri acah-acah macam pakar tafsir sedangkan tafsiran pun ke laut.

Tak nak setuju dengan poligami dipersilakan, sebab hukum poligami itu bukanlah wajib. Tapi mempertikaikan hukum poligami dan mengaitkan dengan nabi, itu sangat bahaya. 

Kesemua isteri nabi tiada masalah bab poligami. 

Last sekali nak marah si Syamsul, jangan kait dengan nabi.

P/s: Isu surah at-Tahrim ialah teguran Allah kepada nabi kerana nabi mengharamkan dirinya dengan Mariah al-Qibtiyyah. Sesudah turun ayat tersebut, Rasulullah menebus kifarah sumpah tersebut. Tiada kaitan dengan ketidak adilan nabi seperti yang dituduh.



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments