Taklid Buta

 OLEH: Dr Idris Sulaiman




- Video mentaliti haiwan ternak

Taklid sememangnya buta. 

Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. 

Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. 

Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. 

Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau perempuan. 

Ini merupakan sikap umat-umat terdahulu yang menolak dakwah para rasul kerana mahu terus berpegang pada ajaran datuk moyang mereka.

Firman Allah ﷻ: 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُواْ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَآؤُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ شَيۡــــئًا وَلَا يَهۡتَدُونَ.  

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya " mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada datuk moyang kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sedangkan datuk moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 104]

Mereka lebih rela memilih kejahilan berbanding ilmu, kegelapan berbanding cahaya. 

Ini sama sekali tidak wajar. 

Justeru jangan sekali-kali mendahulukan mana-mana pendapat atas dalil Al-Quran dan al-Sunah. 

Kerana itulah taklid buta yang dicela. 

CATATAN

Kelihatan dalam video yang dilampirkan sekawan kambing turun dari lereng bukit yang curam secara membuta kerana ikut sang kambing di hadapan tanpa menghiraukan bahaya sehingga ada yang cedera malah ada yang mati. 

Bahana taklid buta. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments