Kaitan Kekeluargaan Zubair Al-Awwam dengan Rasulullah

OLEH: Taufiq Tuah


Di dalam podcast saya baru-baru ini tentang Zubair Al-Awwam, saya ada nyatakan hubungan beliau dengan baginda Rasulullah yang kompleks dan kemudian saya ada sebut "nanti kena lukis la pulak kan".

Link podcast di Youtube: https://youtu.be/jWzwMup2oIc

Walaupun tiada yg meminta saya lukis, saya lukiskan juga insyaallah, semoga pembaca mendapatkan manfaat daripadanya.

Btw, maaf jika poster lukisnya tak lawa sebab sebenarnya renyah nak buat poster nasab dan graf terutamanya tanpa template. Jadinya walaupun saya dah grafkan, saya tuliskan juga lah keterangannya.

    1. Zubair Al-Awwam ialah anak menakan dengan Rasulullah. Kerana, Al-Awwam ialah adik-beradik dengan isteri nabi yang pertama iaitu Khadijah bt Khuwailid.

    2.Zubair Al-Awwam juga ialah saudara (cousin) dengan Rasulullah. Kerana Ibu Zubair iaitu Safiyyah ialah adik-beradik dengan ayah nabi iaitu Abdullah bin Abdul Muthalib.

    3.Zubair Al-Awwam juga ialah biras Rasulullah. Kerana mereka berdua berkahwin dengan anak Saidina Abu Bakr As-Sidiq. Rasulullah berkahwin dengan Aisyah bt Abu Bakr manakala Zubair berkahwin dengan Asma bt Abu Bakr.

Jadinya Zubair al-Awwam ialah anak menakan, saudara (cousin), biras dan juga merangkap sahabat baik kepada Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments