OLEH: Dr Idris Sulaiman
Dalam khutbah Jumaat semalam, khatib menyebutkan tentang peristiwa Nabi ﷺ diisrak mikrajkan serta kaitannya dengan pensyariatan solat fardu lima waktu.
Khatib menyebutkan tentang hadis sahih di mana Nabi Musa berkata kepada Nabi Muhammad ﷺ:
"Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan kepadaNya kerana umatmu tidak akan mampu melakukannya (solat fardu 50 waktu)."
Ajaib.
Golongan Asyairah mengakui peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi ﷺ naik ke langit tujuh untuk menerima wahyu pensyariatan solat fardu lima waktu daripada Allah ﷻ tetapi dalam masa yang sama menegaskan bahawa Allah ﷻ bukan di atas langit tujuh dan Allah ﷻ bercakap tanpa bunyi dan huruf.
Persoalannya, mengapa Nabi ﷺ naik ke langit tujuh dan dengan siapa baginda ﷺ berbicara apabila menerima pensyariatan solat fardu lima waktu?
Mengapa Nabi Musa meminta daripada Nabi Muhammad ﷺ supaya kembali kepada Allah ﷻ dan meminta keringanan kepadaNya jika Allah ﷻ bukan di atas langit tujuh?
Kemusykilan-kemusykilan ini sewajarnya dijelaskan oleh Asyairah secara tuntas kerana ia melibatkan akidah.
Comments
Post a Comment