Ajaran Sesat: Menolak Muhammad Sebagai Rasulullah?

 OLEH: Taufiq Tuah

AJARAN SESAT YANG KATA MUHAMMAD BUKAN RASULULLAH?

Ajaran ini ialah ajaran yang sama dengan sebelum² ini saya bantah. Saya kira mungkin ini ialah anti hadith kerana mereka memang menolak hadith. Cuma mereka mungkin mazhab anti hadith jenis jahil mukarab sebab fakta pasal Al-Quran pun depa tak tahu.




KESESATAN SATU:

Nama Nabi Muhammad bukan Muhammad tetapi Ahmad. Sebab dalam Al-Quran tiada nama nabi Muhammad.

JAWAPAN:

Astaghfirullah. Ini ialah bukti kebodohan level 'ultimate'. Yang lebih bodoh ialah, pengikut² nya yang percaya membabi buta kata-kata ini.

Nama Muhammad disebut 4 kali di dalam Al-Quran. Nama 'Ahmad' pula disebut sekali. Tambahan pula, ada nama surah di dalam Al-Quran yang namanya Surah Muhammad. Jadi kenapa nak nafikan nama Muhammad?


KESESATAN DUA:

Ahmad (Muhammad) BUKAN Rasulullah tetapi hanya Nabi. Rasul itu hanya risalahnya.

JAWAPAN:

Astaghfirullah. Saya terus bagi bantahan saya dengan ayat Al-Quran,

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٖ مِّن رِّجَالِكُمۡ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَۗ

Muhammad itu bukanlah bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penamat semua para nabi. 

[Surah Al-Ahzab : 40]


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang telah pun didahului oleh beberapa orang rasul.

[Surah Ali Imran : 144]


مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ

Muhammad ialah Rasulullah dan orang yang bersama-sama dengannya bersikap tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), tetapi mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). 

[Surah Al-Fath : 29]


Dalam ayat² di atas jelas sebut nama 'Muhammad' dan jelas sebut bahawa baginda ialah Rasulullah. Maka Rasulullah itu ialah benar 'jawatan' yang diberikan oleh Allah kepada seorang lelaki dan bukannya sekadar risalahnya.

Malah, risalah kepada para nabi ni kita sebut sebagai 'mushaf' dan memang ada beberapa orang nabi (bukan semua nabi) yang menerima mushaf. Juga tidak menafikan bahawa 'Rasulullah' ialah 'seseorang' dan bukannya 'risalah'. 

Tak payah konon nak kata "perkataan Rasul berasal dari perkataan 'risalah' dari bahawa Arab" untuk kuatkan hujjah. Sebab kalau itu sifirnya, adakah sifir jahil itu berhak membatalkan hujah Al-Quran? Fikir2 kan.

Wallahualam


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments