Bukan Kaum Nabi Lut Sahaja Diazab Kerana Gay

OLEH: Taufiq Tuah

 Telah tersebar gambar ketamadunan budaya songsang yang telah keras seperti batu seperti di media sosial. Lalu orang mengatakan itu ialah Kaum Sadom.

Podcast tentang Nabi Lut alaihissalam kini di Youtube.

Rasanya perlu saya jelaskan bahawa mengikut sirahnya, Kaum Sadom secara geografinya di Laut Mati. Bersempadan Jordan dan Palestin.

Gambar ketamadunan songsang yang keras seperti batu itu ialah hasil dari letupan gunung berapi. Kejadian ini berlaku di Kota Pompei. Pompei pula berada di kawasan Itali.

Jelas, Kaum Sadom dan kaum di Pompei ialah dua kisah yang berbeza.

Namun apa yang kita perlu lihat ialah, Allah bukan mengazab Kaum Sadom sahaja atas perbuatan seks songsang! Allah boleh sahaja mengazab kaum lain atas dosa yang sama.

Kota Pompei memang dikenali sebagai hub maksiat dan pelacuran homoseksual. Sehingga para pengkaji kota lama ini sukar membezakan di antara rumah biasa dengan rumah pelacuran

Allah pun mengazab kaum-kaum ini.

Allah berfirman dalam QS Ar-Ruum 41,

“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Kita tetap tidak boleh menolak bahawa ada sahaja kemungkinan sesuatu bencana berlaku disesuatu kawasan adalah kerana maksiat kita sendiri. Walaupun kita tidak menuding jari atas maksiat siapa dan maksiat apa yang dilakukan. Wallahualam.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments