Islam Bukan Agama?

 OLEH: Taufiq Tuah



Kata anti hadith (yg saya kenali), Islam hanyalah nama² rekaan syaitan sebagaimana nama untuk agama² lain seperti Kristian dan Yahudi.

Lalu mereka menafikan Islam sebagai agama mereka. Sebaliknya hanya iktiraf Islam sebagai cara hidup.

Saya faham kalau ada beberapa negara yang memanggil Islam sebagai nama lain. Seperti ada negara yang memanggil Islam sebagai Musulman. Tapi tidak langsung mereka menafikan Musulman misalnya ialah agama Islam.

Benarkah Islam bukan agama? Jika itu kata anti hadith, maka benarlah mereka juga anti al-Quran kerana al-Quran sendiri menyebutkan di dalam Surah Ali Imran : 19.

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.




Tidak cukup sebelum ini mereka menafikan kewajiban solat, menafikan Muhammad seorang rasul, menafikan hadith, menafikan kewajib puasa dan hari ini menafikan Islam pula sebagai agama? Alang² itu kenapa tidak istihar kafir sahaja terus jika rukun Islam pun semua disodoknya.

Kenapa Islam itu agama? Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Memperhambakan diri kepada Allah. Ini ialah AGAMA. 

Kecuali kalau ajaran sesat ini nak jadi hamba nafsu dan akal mereka. 

[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments