Tegahan Ikhtilat: Wanita Solat Sendirian Satu Saf Di Belakang Saf Lelaki?

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis.

Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang.

Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang itu ditegah daripada berdiri seorang diri di belakang saf berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌صَلَاةَ ‌لِمُنْفَرِدٍ ‌خَلْفَ ‌الصَّفِّ.

“Tidak ada solat bagi orang yang solat bersendirian di belakang saf.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Hibban]

Ini bermakna sekiranya seseorang itu mendapati dirinya berseorangan di belakang saf maka hendaklah dia sedaya upaya memenuhkan saf di hadapannya.

Walau bagaimanapun, hal ini dikecualikan bagi perempuan sekiranya dia berdiri seorang diri di belakang saf lelaki. Tiada keperluan untuknya masuk ke dalam saf lelaki di hadapan malah perbuatan tersebut dilarang.

Ini tidak lain melainkan untuk mengelak daripada berlakunya ikhtilat percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Justeru mengandaikan bahawa syariat tidak melarang ikhtilat adalah salah dan keliru sama sekali.




[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments