Jalan Nabi dan Sahabat: Sebaik-Baik Ibadah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati cara Nabi ﷺ dan cara para Sahabat.

Kerana merekalah pendahulu umat Islam yang terpuji.

Sabda Nabi ﷺ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، ‌وَخَيْرُ ‌الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

“Sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad manakala seburuk-buruk perkara ialah hal-hal yang diada-adakan (dalam agama) sedangkan semua bidaah sesat.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 867]

Sabdanya ﷺ:

خَيْرُ ‌النَّاسِ ‌قَرْنِي.

"Sebaik-baik manusia ialah kurunku (para Sahabat).”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2652 & Muslim, no. 2533]

Sabdanya ﷺ lagi:

‌مَا ‌أَنَا ‌عَلَيْهِ ‌وَأَصْحَابِي.

“Mereka yang berada di atas jalanku dan jalan para Sahabatku (selamat daripada api neraka).”

[Sahih. Riwayat Tirmizi, no. 2641]


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments