Perniagaan Gaya Muslimin

 OLEH: Ustaz Abdul Rahman Abdul Rahim dan Dr Fadlan Mohd Othman


Beberapa hari ini saya teringin nak tulis berkenaan keberkatan dalam perniagaan, memandangkan wujud orang yang nak untung bila berniaga tanpa mengira etika Islam dalam jual beli. Alhamdulillah, rakan saya Dr ARAR telah menulis hal yang terbuku dalam hati saya dengan olahan yang lebih baik. 

Jom kita cari keuntungan dan keberkatan sekaligus. Bacalah penulisan Dr ARAR berikut ini:


 KEUNTUNGAN DAN KEBERKATAN 

Manusia tidak dapat lari dalam kehidupan daripada melakukan urus niaga dan jual beli.

Pembeli membeli produk dan menerima perkhidmatan. Penjual pula menjual barang dan memberikan perkhidmatan.

Walaupun pembeli boleh memberikan KEUNTUNGAN kepada penjual, tetapi mereka tidak boleh memberikan KEBERKATAN.

Hakim bin Hizam radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: 

فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِى بَيْعِهِمَا وَإِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا

Jika kedua-duanya (penjual dan pembeli) JUJUR dan BERTERUS-TERANG (TELUS), maka DIBERKATI kepada kedua-dua mereka di dalam JUAL BELI kedua-duanya. 

Jika mereka berdua BERDUSTA dan MENYEMBUNYIKAN (TIDAK TELUS), maka DIHAPUSKAN KEBERKATAN dalam jual beli mereka berdua.” [Muslim] 

Orang yang jujur, sama ada penjual atau pembeli atau wakil (ejen) kepada kedua-duanya, akan mendapat KEBERKATAN yang merupakan MILIK MUTLAK ALLAH ta'ala.

Sebaliknya, orang yang menipu dan tidak telus, tidak akan diberikan KEBERKATAN oleh Allah ta'ala.

Syaikh As-Si'di rahimahullah berkata:

هذا الحديث أصل في بيان المعاملات النافعة والمعاملات الضارة، وأن الفاصل بين النوعين: الصدق والبيان . 

فمن صدق في معاملته ، وبيّن جميع ما تتوقف عليه المعاملة من الأوصاف المقصودة، ومن العيوب والنقص ، فهذه معاملة نافعة في العاجل: بامتثال أمر الله ورسوله، والسلامة من الإثم، ونزول البركة في معاملته،

 وفي الآجلة: بحصول الثواب، والسلامة من العقاب. 

ومن كذب وكتم العيوب وما في المعقود عليه من الصفات فهو  مع إثمه معاملته ممحوقة البركة، ومتى نزعت البركة من المعاملة خسر صاحبها دنياه وأخراه 

Hadis ini merupakan dasar  dalam penjelasan tentang urus niaga yang memberikan MANFAAT dan urus niaga yang memberikan MUDHARAT.

Batasan antara dua jenis urus niaga ini adalah KEJUJURAN dan BERTERUS-TERANG (KETELUSAN). 

Sesiapa yang JUJUR di dalam urus niaga dan BERTERUS-TERANG  terhadap semua yang berkaitan urus niaga sama ada  sifat-sifat yang diinginkan (pada barang dan perkhidmatan)  dan menjelaskan ‘aib dan kekurangan, maka ini adalah urus niaga  yang BERMANFAAT di DUNIA,  iaitu MELAKSANAKAN PERINTAH Allah ta'ala dan Rasul-Nya, SELAMAT daripada dosa, turun KEBERKATAN pada urus niaganya. 

Ia juga BERMANFAAT di AKHIRAT, iaitu mendapat PAHALA dan TERLEPAS daripada azab.

Sesiapa yang BERDUSTA, MENUTUPI AIB-AIB (pada barang dan perkhidmatan) dan sifat-sifat yang  berkaitan dengan urus niaga, maka dia BERDOSA dan DIHAPUSKAN KEBERKATAN  pada urus niaganya. 

Apabila keberkatan dicabut daripada urus niaga, maka pelakunya akan RUGI di  DUNIA dan AKHIRAT.”  [Bahjat Qulub Al-Abrar] 

Jangan kejar UNTUNG KECIL di DUNIA  tetapi RUGI BESAR di AKHIR HAYAT, sebelum MUFLIS di AKHIRAT. 

Orang ISLAM mahukan UNTUNG dan BERKAT di DUNIA dan AKHIRAT. 

Berurusniagalah dengan jujur dan telus. 

Semoga ALLAH sentiasa memberikan keuntungan dan keberkatan.



Nota Dr Fadlan Othman:

Ikhwah sekelian, bukan sahaja penjual kena berkata benar tentang kualiti produk, pembeli juga perlu berkata benar tentang harga produk. Penjual perlu menjelaskan tahap kualiti produk, jangan lambung tinggi produk yang biasa-biasa. Pembeli pula perlu menjelaskan tahap sebenar harga produk; jika penjual tersilap letak harga sehingga menjadi terlalu murah, atau mungkin penjual amat memerlukan wang sehingga meletakkan harga yang amat murah; kita sebagai pembeli yang mendambakan keberkatan hendaklah memperbetulkan keadaan dengan menawarkan harga yang sewajarnya. 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah telah menjelaskan hadis di atas dgn berkata:

"قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بِوَرِكِ لَهُمَا فِي بَيْعهمَا ) أَيْ بَيْن كُلّ وَاحِد لِصَاحِبِهِ مَا يَحْتَاج إِلَى بَيَانه مِنْ عَيْب وَنَحْوه فِي السِّلْعَة وَالثَّمَن وَصَدَقَ فِي ذَلِكَ , وَفِي الْإِخْبَار بِالثَّمَنِ وَمَا يَتَعَلَّق بِالْعِوَضَيْنِ."

Maksudnya: "Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam: (Penjual dan pembeli mempunyai pilihan selagi mana mereka berdua belum berpisah. Jika mereka berdua jujur dan jelas maka akan diberkati urusan jual beli mereka), iaitu setiap seorang daripada penjual dan pembeli menjelaskan kepada yang seorang lagi apa sahaja yang perlu diterangkan merangkumi kekurangan dan sebagainya pada produk dan pada harga. Mereka juga jujur dalam penjelasan itu dan jujur dalam pemberitahuan tentang harga dan apa sahaja yang berkaitan dengan produk dan harga."

Semoga kita jadi Muslim yang jujur dan jelas dalam jual beli.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments