Kurang Kasih Sayang

 OLEH: Dr Idris Sulaiman



Ilmu mewariskan kasih sayang.

Lebih tinggi ilmu seseorang itu maka lebih tinggilah kasih sayangnya kepada orang lain.

Kata Ibnu al-Qayyim:

وَكَانَ الصّدّيق رَضِي اللهُ عَنْه مِن أرْحَم الأمّة وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النّبي ﷺ أنَّهُ قَال "أرْحَم أمَّتِي بأِمَّتِي أبُو بَكْر" رَوَاهُ الترَمِذِي وَكَانَ أعْلمَ الصّحَابَة بِاتّفَاق الصَّحَابَة. وَهَكَذَا الرَّجل كُلَّما اتَّسَعَ عِلْمُهُ اتَّسعَتْ رَحْمَتُه.

“Abu Bakar al-Siddiq - radiallahuanhu - merupakan orang yang paling mengasihani umat ini. Dan telah diriwayatkan bahawasanya Nabi ﷺ bersabda “Orang yang paling mengasihani umat ini daripada kalangan umatku ialah Abu Bakar.” Riwayat Tirmizi. Sedangkan para Sahabat sepakat bahawa beliau merupakan Sahabat yang paling berilmu. Demikianlah apabila ilmu seseorang itu bertambah maka akan bertambahlah sifat kasih sayangnya.”

[Ighathat al-Lahfan, 2/173]

Abu Bakar al-Siddiq dinobatkan sebagai orang yang paling mengasihani umat ini kerana tahap ilmunya yang tinggi berbanding yang lain.

Untuk lebih jelas, lihat sahaja doktor di hospital apabila berdepan dengan orang sakit di mana kebiasaannya orang-orang awam akan rasa tidak selesa, benci dan menjauh daripada orang sakit sedangkan doktor pula bersikap sebaliknya.

Doktorlah yang akan mendekati pesakit itu dan merawatnya dengan kasih sayang dan rasa prihatin.

Ini tidak lain kerana ilmu yang dimiliki oleh doktor itu.

Justeru sifat suka benci, kasar dan keras dengan orang-orang di sekeliling kemungkinan besarnya kerana kurang sifat kasih sayang kesan defisit ilmu agama seseorang itu.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments