Mencari Kebenaran Atau Bersilat Lidah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. 

Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. 

Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. 

Oleh itu perlu diperhatikan sekiranya kebenaran sudah dijelaskan tetapi lawan tetap tidak mahu menerimanya, sedangkan meneruskan perbahasan dengannya boleh menimbulkan hal-hal yang tidak diingini maka ketika itu hendaklah dihentikan perbahasan itu. 

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: 

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ ‌تَرَكَ ‌الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا

"Aku menjamin rumah di tepi syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar.” 

[Hasan. Riwayat Abu Daud] 

Justeru isunya bukan untuk menang tetapi menyampaikan kebenaran secara baik, dan harus dibezakan antara mereka yang berbahas untuk mencari kebenaran dengan mereka yang berbahas untuk bersilat lidah.

Yang pertama bagus sedangkan yang kedua tercela. 


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments