Masjid Al-Aqsa Syiah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Masjid al-Aqsa merupakan antara tempat penting yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilat di sisi umat Islam.

Ia merupakan tempat yang berkat lagi suci.

Dukacitanya sejak sekian lama ia telah dijajah Yahud laknatullah.

Sejak itu seruan untuk membebaskannya banyak dilaungkan oleh pelbagai pihak.

Termasuklah daripada kalangan orang-orang Syiah dan negara mereka Iran.

Menariknya, antara apa yang dinyatakan dalam ajaran Syiah adalah mengenai kedudukan Masjid al-Aqsa itu sendiri di mana ditekankan bahawa tempat letaknya bukan di Baitulmuqaddis, Palestin sebaliknya di langit!

Ya, Masjid al-Aqsa Syiah terletak di langit!!

Ini ditegaskan oleh ulama besar mereka Sayid Jaafar Murtadha al-Amili dalam bukuya al-Sahih Min Sirah al-Nabi al-A’dham, 3/113.

Justeru bagaimana pula dengan laungan mereka untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman Yahudi?

Jelasnya ia hanyalah retorik dan slogan kosong untuk memperdaya umat Islam sedangkan realitinya Syiah memang beribadah dengan berbohong (taqiyyah) apatah lagi dengan Sunni, seteru utama mereka.

Ramai terpedaya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.




[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments