Menghadiahkan Pahala Bacaan Al-Quran Kepada Rasulullah ﷺ

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Kata Syeikh Bin Baz rahimahullah:

"Menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran buat roh Rasulullah ﷺ atau orang-orang lain yang sudah meninggal dunia tiada asasnya dalam Agama, tidak disyariatkan dan tidak pernah dilakukan oleh para Sahabat sedangkan segala kebaikan ialah dengan ittiba' mengikuti mereka."

https://binbaz.org.sa/fatwas/5596/حكم-اهداء-قراءة-القران-الكريم-لروح-الرسول-ﷺ



CATATAN

Pandangan masyhur mazhab Syafie menegaskan bahawa pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati, demikian turut dinukilkan daripada Imam Syafie sendiri.

[Tafsir Ibnu Kathir, ayat al-Najm, 53:39]


Kata Imam al-Nawawi:

وَأمّا قِراءَة القُرآن: فَالمشْهُور مِن مَذْهَب الشَّافِعِي أنّه لا يَصِلُ ثَوابهَا إلى الميّت.

“Adapun bacaan Al-Quran maka pandangan masyhur mazhab Syafie ialah bahawa pahalanya tidak sampai kepada si mati.”

[Syarah Muslim, 1/90]


Tegas Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah:

فَلَمْ يَكُنْ مِنْ عَادَةِ السَّلَفِ إذَا صَلَّوْا تَطَوُّعًا وَصَامُوا وَحَجُّوا أَوْ قَرَءُوا الْقُرْآنَ يَهْدُونَ ثَوَابَ ذَلِكَ ‌لِمَوْتَاهُمْ ‌الْمُسْلِمِينَ بَلْ كَانَ عَادَتُهُمْ كَمَا تَقَدَّم فَلَا يَنْبَغِي لِلنَّاسِ أَنْ يَعْدِلُوا عَنْ طَرِيقِ السَّلَفِ فَإِنَّهُ أَفْضَلُ وَأَكْمَلُ.

“Sama sekali bukan kebiasaan orang-orang Salaf apabila mereka solat sunat, berpuasa, mengerjakan haji atau membaca Al-Quran mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang Islam yang sudah meningal dunia sebaliknya kebiasaan mereka ialah seperti mana yang telah dijelaskan (mendoakan). Justeru tidak wajar berpaling dari jalan Salaf kerana ia lebih utama dan lebih sempurna.”

[Majmuk Fatawa, 24/323]


Berselawat dan mendoakan salam buat Rasulullah ﷺ lebih utama dalam hal ini.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, keluarganya dan para Sahabatnya.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments