Syiah Akan Kekal Memusuhi Ahli Sunnah

 OLEH: Taufiq Tuah


Saya menulis lagi isu Syiah dan terus bertegas untuk tidak berbaik dengan mereka dalam apa jua tujuan. Aqidah mereka menuntut untuk menghalalkan darah Ahli Sunnah dan menipu Ahli Sunnah ialah hal yang terpuji.

Maka saya mengajak agar pembaca berhenti untuk berhusnuzon dengan Syiah. Penulisan saya tidak mengikut arus populis, nasihat saya kepada saudara Ahli Sunnah kita ialah jangan buka ruang untuk Syiah.

Secara sirah zaman berzaman, Syiah lah yang memporak perandakan Muslimin. Mereka yang mencetuskan konflik Perang Jamal & Perang Siffin. Mereka yang membantu kejatuhan Abasiyah. Mereka yang paling keras permusuhan terhadap Salahuddin Al-Ayyubi. Mereka yang membunuh cucu Rasulullah. Serta banyak lagi kekalutan lain yang dibuat oleh Syiah.

Di zaman moden ini, mereka lah yang membunuh Ahli Sunnah di Iran, Lubnan, Syria dan Yaman. Sehingga ramai pelarian Syria datang ke Malaysia menceritakan hal yang sama kepada saya. Lalu di mana perlunya penyatuan bersama Syiah?


MEREKA HALALKAN DARAH KITA

Hal ini sebagaimana di dalam kitab² mereka.

Dalam Tahrir Al-Wasilah, Khomeini berkata: “Dan pendapat yang kuat mengatakan bahawa Nashibi (Ahli Sunnah) boleh diperangi dalam kehalalan rampasan perang yang diambil dari mereka dengan syarat menyisihkan satu perlima, bahkan jelas kebolehan mengambil hartanya di manapun berada dengan cara apapun serta kewajipan mengeluarkan satu perlimanya.”

Seorang lagi tokoh Syiah, Ni’matullah Al-Jazairi (mati 1700M), dalam kitabnya Al-Anwar Al-Nu’maniyah berkata tentang kedudukan orang-orang Nasibi (yang mereka maksudkan adalah Ahli Sunnah).

Kata Al-Jaiziri: “Sesungguhnya mereka (Ahli Sunnah) adalah kafir dan najis menurut ijma’ seluruh ulama Syiah Imamiyah, dan sungguh mereka lebih buruk dari Yahudi dan Nasrani, dan sesungguhnya di antara ciri orang Nasibi adalah mendahulukan selain Ali ke atasnya dalam Imamah.” (Al-Anwar Al-Nu’maniyyah)

Dan banyak lagi fatwa² mereka yang menghalalkan darah Ahli Sunnah.


MEREKA PEMBOHONG

Lalu ketika mereka kononnya mahu berbaik dengan kita, berhati-hatilah! Kerana mereka juga halal berbohong kepada kita. Mereka ibadahkan pembohongan dengan nama 'taqiyah'. Lalu mereka berfatwa,

Al-Kulaini (tokoh Syiah) meriwayatkan dari Ja’far Al-Sadiq: “Taqiyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.”

Al-Kulaini juga meriwayatkan dari Abdullah bin Ja’far: “Sesungguhnya sembilan persepuluh (90%) agama adalah taqiyyah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah.” (Ushul Al-Kaafi, Biharul Anwar, dan Wasail Syiah).

Dan banyak lagi fatwa² serupa datang dari Syiah.


SANDIWARA

Bagaimana kononnya Houthi dari Yaman ingin hantar bom dari Yaman terus ke Israel? Lalu mereka menuduh Arab Saudi menepis roket mereka ke Israel sedangkan roket mereka memang saban hari cuba menyerang Kaabah.

Video² kononnya askar Houthi sanggup berjalan kaki ke Palestin sedangkan tiada pun jalan yang logik untuk puak Houthi merentas sempadan² negara lain dan tembusi Palestin. Masih juga ada yang percaya.

Malah mereka percaya dengan 'speech' bergegar yang mereka sampaikan. Namun sebenarnya habuk pun tidak ada.

Daripada besarnya tentera Hizbullat, tapi yang muncul di sempadan Israel Lubnan hanya sekelumit kecil agar cukup² untuk dibuat liputan. Jangan lupa hubungan persahabatan Israel dan Syiah yang terkantoi. Antaranya melalui Skandal Iran Gate dan pengakuan Menteri Pertahanan Israel Yitzak Rabin sendiri (AFP 28.10.87).

Tak cukup ke di konflik Syria, banyak video Syiah berlakon sebagai mangsa keadaan terkantoi dengan gambar belakang tabir 'crew' pengambaran di media sosial. Sedang mereka yang membunuh Ahli Sunnah, namun FSA yang dipersalahkan? Lalu kita masih berhusnuzon?


PENDIRIAN

Saya kekal dengan prinsip, Syiah tidak akan menjadi teman Ahli Sunnah. Kalau ada yang berpandangan saya kolot kerana tidak mengasingkan aqidah dengan politik, jujurnya saya tak kisah.

Kerana aqidah akan kekal menjadi teras pendirian. Aqidah ialah akar agama. Kepada pro-Syiah atau penganut Syiah sendiri yang sedang membaca, saya ialah antara musuh kalian.

Saya jelas memusuhi mereka yang menghina isteri Rasulullah serta para sahabat. Kalau Charlie Hebdo tulis sesuatu yang menghina Rasulullah, lalu kalian berang dan geram teramat kepada dia. Apalah bezanya dengan perbuatan menghina para sahabat?


Sedangkan Rasulullah telah menegaskan,

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ، ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ، وَلاَ نَصِيفَهُ

"Janganlah kamu menghina sahabatku, sekiranya salah seorang daripada kamu menginfaqkan emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu cupak (pahala) seorang pun daripada mereka dan tidak juga separuh daripadanya.” [Riwayat al-Bukhari (3673)]


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments