Agama Selain Islam Yang Membenarkan Poligami

 OLEH: Taufiq Tuah



Orang kafir memburukkan-burukkan Islam hanya kerana Islam membenarkan poligami. Lalu nada yang sama dimainkan oleh feminis di dlm negara sehingga ada yang melampaui batas dalam membincangkan poligami.

Hujah mereka kononnya poligami tidak menjadi lumrah manusiawi. Padahal mereka lah yang telah buta lumrah.

Dalam manuskrip agama² lain juga menuliskan tokoh² mereka mengamalkan poligami. Malah memang menjadi budaya beberapa tempat untuk berpoligami sehinggalah undang² luar cuba meresapi bangsa itu.

Contohnya Thailand yang menghalalkan poligami sehinggalah masuk campur undang² luar pada 1935. Myanmar pula hanya melarang poligami pada 2015. Sri Lanka menghalalkan poligami sehinggalah British menjajah mereka dan mengharamkannya.

Malah menjadi budaya sebahagian Budha di Tibet, Buthan dan kawasan tanah Hindi untuk berpologami.

Ketika barat gigih memburukkan poligami, mereka sendiri mengamalkan budaya 'sugar baby', 'friend for benefits', perempuan simpanan dan pelbagai istilah lain. Mereka miliki ramai wanita tanpa batas malah tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.

Maka zalim lah ketika mereka menyerang poligami Islam ketika Islam meletakkan disiplinnya sementara mereka melanggar semua sesukahati.

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments