Hubungan HAMAS - Iran

 OLEH: Dr Idris Sulaiman




Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya.

Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran)


Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan Hãmãs ke atas Israel pada 7 Oktober lalu ialah untuk membalas dendam atas pembunuhan General Qasim Sulaimani, mantan Ketua Kor Pengawal Revolusi Iran.

https://ar.mehrnews.com/news/1939808/حرس-الثورة-ردنا-على-اغتيال-السيد-رضي-سيكون-مزيجا-من-العمل-المباشر

General Qasim Sulaimani mati terbunuh di Iraq beberapa tahun lalu.

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10220454028372593


Dalam masa yang sama, serangan udara Israel di Syria baru-baru ini yang mengakibatkan terbunuhnya penasihat kanan Pengawal Revolusi Iran mengundang kecaman daripada Hãmãs.

Pemimpin kanan Hãmãs, Usamah Hamdan, mengutuk serangan Israel itu.

Penasihat kanan Iran yang terbunuh itu dikenali sebagai Sayyed Razi Mousavi, bertanggungjawab menyelaraskan pakatan ketenteraan antara Syria dengan Iran.


CATATAN

Ramai tidak tahu hubungan rapat antara Hãmãs dan Syiah Iran.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments