Hubungan Muslim Dengan Bukan Muslim

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Soalan: Bolehkan saya melawat jiran bukan Muslim jika dia sakit?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya mengucapkan takziah kepada jiran bukan Muslim jika ahli keluarganya meninggal dunia?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan Muslim atas perkahwinan anaknya?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan Muslim yang baru menimang cahaya mata?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya memberi hadiah kepada jiran bukan Muslim?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkah saya bersedekah kepada jiran bukan Muslim jika dia miskin?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya menjemput jiran bukan Muslim untuk jamuan makan?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan Muslim atas perayaan agamanya?

Jawapan: Tidak boleh.


Pentingnya dibezakan antara urusan keduniaan dengan urusan keagamaan.

Muslim tidak boleh terlibat dalam urusan agama lain selain Islam kerana ia membawa kepada erti reda dan bersekongkol dalam kekufuran yang dilarang agama sedangkan Allah ﷻ berfirman “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” (3:19) “Janganlah kamu bersekongkol dalam hal-hal dosa (maksiat) dan pencerobohan” (5:2) dan “Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku” (109:6).

Pentingnya menjaga akidah agar tidak terpesong dan tergelincir kerana Allah ﷻ telah mengingatkan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka” (2:120).

Daripada Allah jua kita memohon keteguhan di atas agamaNya.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments