Jangan Berlemah Lembut !

 OLEH: Taufiq Tuah


Atas beberapa isu yang muncul akhir² ini, seolah-olah serangan demi serangan ke atas Ahli Sunnah telah dilakukan.

Ketika ada sahabat dan asatizah yang cuba menghantar peluru penulisan membetulkan kembali kekancahan ini, ada pula yang cakap, "dah la tak payah lah baloh", " berlemah lembut lah" dll. Sedangkan kerosakan sedang berlaku.

Sebelum mereka memberikan gambar 'cover' buku "Berlemah Lembutlah Sesama Ahli Sunnah" oleh Shaykh Abd Al-Muhsin Al-Abbad sebagai hujah mereka, perlu saya terangkan.

Manfaat buku boleh dapatkan di: https://shp.ee/mgi859b

Sedangkan di dalam muqadimah buku tersebut shaykh telah menjelaskan beberapa 'point' penting,

1. Jika sesuatu ibadah itu ada sekelumit kebaikan, pastilah para sahabat telah mendahului melakukannya. Maka jangan berpaling dari perbuatan Rasulullah dan para sahabat.

Maka segala amal yang tiada contohnya dari Rasulullah dan para sahabat, hal tersebut tidak termasuk di dalam skop perlu berlemah lembut dalam buku ini. Malah kita ketahui shaykh ialah antara yang tegas menentang bidaah. Malah di muqadimahnya saja telah banyak ditegaskan.


2. Syaikh TIDAK membariskan nama-nama seperti Jahmiyah, Qadariyah, Murjiah, Imamiyah dan Ashariyyah sebagai Ahli Sunnah.

Maka perbuatan mana² pihak yang mengatakan nama² tersebut sebagai Ahli Sunnah sebenarnya telah pun tersilap dan semoga Allah memberikan taufiq kepada yang tersilap ini.


Apatah lagi nasihat dan kegusaran yang dizahirkan oleh ramainya asatizah tentang hal-hal ini menunjukkan bahawa hal ini hal yang 'serious'.

Jika saya dinasihati oleh semua asatizah dan sahabat salafiyah serentak dalam masa yang sama saya dipuji oleh ramainya golongan ahli bidaah, saya pasti akan musykil dengan diri sendiri.

Semoga Allah memberkati Shaykh Abd Al-Muhsin Al-Abbad. Kepada team yang menterjemahkan, semoga dikira sebagai amal-amal soleh.

Juga semoga jika ada sahabat kita yang tergelincir, akan terus diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah. Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami, teguhkanlah hati-hati kami di jalan-Mu.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments