Arab Saudi Benarkan Jual Arak?

OLEH: Dr Idris Sulaiman


Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol.

Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam.

Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan.

Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini sudah sekian lama membenarkannya malah mempunyai kilang besar menghasilkannya.

Semestinya Muslim benci dan tidak setuju dengan ibu segala maksiat itu.

Cuma pelik, sebelum ini berdegar-degar dalam ceramah politik parti tertentu hendak ditutup kilang berkenaan tetapi kini suara itu sudah lama sepi.

Barangkali hanya modal untuk menaikkan semangat pentaasub dan meraih sokongan masyarakat awam yang naif.

Jangan pula semut di seberang laut nampak, gajah depan mata tidak.

Wallahul mustaan.

[Gerakan PENA Malaysia]




Dapatkan buku Bani Saud Kontroversi Yang Tidak Terpadam


Comments