ASWAJA

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka.

Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu.

Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas langit:




DALIL-DALIL AL-QURAN:

1. Firman Allah ﷻ:

وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ

“Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

[al-Baqarah, 2:255]


2. FirmanNya ﷻ:

سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى

“Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.”

[al-A’la, 87:1]


3. FirmanNya ﷻ:

عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلۡكَبِيرُ ٱلۡمُتَعَالِ

“Dia lah Yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi.”

[al-Ra’ad, 13:9]


4. FirmanNya ﷻ:

وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِ

“Dan Dia lah Yang Maha Berkuasa, Yang atas sekalian hambaNya.”

[al-An’am, 6:18]


5. FirmanNya ﷻ:

يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ

“Mereka takut kepada Tuhan mereka Yang di atas mereka.”

[al-Nahl, 16:50]


6. FirmanNya ﷻ:

ءَأَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ

“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan Yang di langit.”

[al-Mulk, 67:16]


7. FirmanNya ﷻ:

ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

“Al-Rahman (Allah) beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Taha, 20:5]


8. FirmanNya ﷻ:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

“Allah, Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[al-Sajdah, 32:4]


DALIL-DALIL HADIS:

1. Nabi ﷺ bersabda:

أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا ‌أَمِينُ ‌مَنْ ‌فِي ‌السَّمَاءِ

“Tidaklah kalian mempercayaiku sedangkan aku adalah orang kepercayaan Dia yang ada di atas langit?”

[Sahih. Riwayat Bukhari & Muslim]


2. Hadis turunnya Allah ﷻ ke langit dunia:

ينزلُ ‌ربُّنا كلَّ ليلةٍ إلى سَماء الدُّنيا حينَ يَبْقى ثُلُثُ اللَّيلِ الآخِر، فيقولُ: مَنْ يدْعوني فأَستَجيبَ لهُ؟ مَنْ يَسْأَلُني فأُعْطِيَهُ؟ مَنْ يَسْتَغْفرني فأغفرَ له؟

“Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir lalu Dia berkata: Siapakah yang mahu berdoa kepadaKu nescaya Aku perkenankan. Siapakah yang mahu meminta daripadaKu nescaya Aku berikan. Siapakah yang mahu meminta keampunan daripadaKu nescaya Aku ampunkan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari & Muslim]


3. Hadis Israk dan Mikraj di mana Nabi ﷺ naik ke Sidratulmuntaha di langit tujuh sebelum mengadap Allah ﷻ dan menerima pensyariatan solat fardu lima waktu.


4. Hadis si hamba perempuan di mana Nabi ﷺ bertanya kepadanya:

‌أَيْنَ ‌اللهُ؟ قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ، قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ، قَالَ: أَعْتِقْهَا، فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

“Di mana Allah?” Dia menjawab “Di langit.” Baginda ﷺ berkata “Siapa aku?” Jawabnya “Engkau Rasulullah.” Kata baginda ﷺ “Bebaskan dia kerana sesungguhnya dia beriman.”

[Sahih. Riwayat Muslim]


Dan banyak nas-nas lain.

Daripada Allah jua kita memohon hidayah.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments