Hidupkan Sunnah, Matikan Bidaah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ:

فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ.

“Sesungguhnya barang siapa daripada kalian yang umurnya panjang maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunahku dan Sunah para Khulafa al-Rasyidin sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jangan sekali-kali kalian melakukan perkara yang baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu ialah bidaah dan setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]


Antara Sunah Nabi ﷺ:

1. Jalan Berkaki Ayam Sekali-sekala

Dalam hadis:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ ‌نَحْتَفِيَ ‌أَحْيَانًا.

“Nabi ﷺ memerintahkan supaya kami berjalan dengan berkaki ayam sekali-skala.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

2. Makan Dengan Tiga Jari

Dalam hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ ‌بِثَلَاثَةِ ‌أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَن يَمْسَحها.

“Rasulullah ﷺ makan dengan tiga jari dan menjilat tangannya sebelum mengelapnya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

3. Sapu Muka dengan Tangan Selepas Bangun Tidur

Dalam hadis:

اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَلَسَ ‌يَمْسَحُ ‌النَّوْمَ ‌عَنْ ‌وَجْهِهِ بِيَدِهِ.

“Rasulullah ﷺ bangun tidur lalu duduk seraya menyapu kesan tidur dari mukanya dengan tangannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Allah jua pemberi petunjuk.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments