Sambutan Nisfu Syaaban

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam.

Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban.

Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu.

Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif.

https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان

Kata Imam al-Syaukani:

“Hadis solat Nisfu Syaaban adalah batil.”

[al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 51]

Demikian menurut al-Hafis al-Iraqi.

[Takhrij Ahadith al-Ihya, hlm. 240]


Kata Imam al-Nawawi:

الصَّلَاةُ الْمَعْرُوفَةُ بصلاة ‌الرغائب وهي ثنتى عَشْرَةَ رَكْعَةً تُصَلَّى بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ لَيْلَةَ أَوَّلِ جُمُعَةٍ فِي رَجَبٍ وَصَلَاةُ لَيْلَةِ نِصْفِ شَعْبَانَ مِائَةُ رَكْعَةٍ وَهَاتَانِ الصَّلَاتَانِ بِدْعَتَانِ وَمُنْكَرَانِ قَبِيحَتَانِ وَلَا يُغْتَرُّ بِذَكَرِهِمَا فِي كِتَابِ قُوتِ الْقُلُوبِ وَإِحْيَاءِ عُلُومِ الدِّينِ وَلَا بِالْحَدِيثِ الْمَذْكُورِ فِيهِمَا فَإِنَّ كُلَّ ذَلِكَ بَاطِلٌ.

“Solat yang dikenali sebagai Solat al-Raghaib sebanyak 12 rakaat yang dikerjakan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab di samping solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat ini ialah bidaah yang jelik lagi tercela. Jangan terpedaya dengan kedua-dua solat ini disebut dalam kitab Qut al-Qulub dan Ihya Ulumuddin di samping hadis yang dinyatakan dalam kedua-dua kitab ini kerana ia semua adalah batil.”

[al-Majmuk, 4/56]


Adapun riwayat sabda Nabi ﷺ:

يَطَّلِعُ ‌اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا ‌لِمُشْرِكٍ ‌أَوْ ‌مُشَاحِنٍ.

"Allah tabaraka wa taala turun kepada makhlukNya pada Malam Nisfu Syaaban lalu Dia mengampuni seluruh makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan."

Ramai ulama mendaifkan riwayat ini sekalipun Syeikh al-Albani sendiri mentashihkannya.

https://islamqa.info/ar/answers/140084/هل-صحح-الشيخ-الالباني-حديث-فضل-النصف-من-شعبان



KESIMPULAN

Tiada sebarang hadis atau athar bahawa Nabi ﷺ dan para Sahabat mengkhususkan amalan tertentu seperti solat, puasa dan doa sempena Nisfu Syaaban. Perbuatan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan tertentu secara berjemaah jelas merupakan bidaah, mengada-adakan amalan baharu dalam agama yang dilarang syariat. Adapun puasa pada tanggal 15 Syaaban maka ia termasuk dalam keumuman anjuran berpuasa pada Hari-hari Putih (13, 14 dan 15 hari bulan Hijrah).

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments