Tiada kebaikan Kecuali Nabi ﷺ Sudah Ajar

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ.

“Tiada amalan yang mendekatkan ke syurga melainkan aku telah perintahkan kalian melaksanakannya, dan tiada amalan yang mendekatkan ke neraka melainkan aku telah melarang kalian daripadanya.”

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Oleh itu, Muslim disuruh supaya menerima segala yang telah diajar oleh Nabi ﷺ manakala apa yang dilarang oleh baginda ﷺ wajib dijauhi dan ditinggalkan.

Firman Allah ﷻ:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.”

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Sabda Nabi ﷺ:

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا، وَمَا ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، فَخُذُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.

“Apa yang aku larang atas kalian maka tinggalkanlah, dan apa yang aku suruh kalian melakukannya maka laksanakanlah ia dengan sedaya upaya.”

[Sahih. Riwayat Imam Ahmad]

Justeru segala kebaikan ialah apa yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Adapun sesuatu amalan yang tidak pernah diajar oleh baginda ﷺ, tidak dilakukan oleh para Sahabat ataupun ketiga-tiga generasi Salaf al-Soleh maka yakinlah bahawa ia buruk dan tidak baik.

Kerana jika baik pasti mereka telah mendahului umat Islam lain melaksanakannya.

Segala kebaikan ialah dengan mengikuti Salaf al-Soleh, dan segala keburukan ialah dengan menyalahi jalan mereka.



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments