Derma Kilat Daniel Mualaf

 Pada 28 Syaaban 1445, 9 Mac 2024 telah diadakan kutipan derma kilat.




Baru-baru ini kami mendapat panggilan kecemasan, seorang mualaf sedang ditahan wad kerana mengalami kemalangan yang agak teruk ketika ingin pulang dari tempat kerja, dan alhamdulillah berkesempatan untuk melawatnya di Hospital Sungai Buloh. 
Sedih, kakinya patah dan beberapa anggota lain mempunyai kecederaan yang agak teruk. Beliau hanya mampu terbaring dan tidak mampu bekerja lagi untuk jangka masa yang agak lama. 
Qadarullahu masha ‘a fa’al, ini antara beberapa info yang kami dapat daripada beliau dan keluarga:
- Isterinya suri rumah. 
- Anak enam orang (4 orang masih bersekolah)
- Tiada lagi rumah sewa kerana tidak mampu bayar (tinggal bersama mertua buat masa sekarang)
- Keluarga yang kurang berkemampuan
- Baru bekerja selama seminggu
- tiada sumber pendapatan kerana tidak mampu bekerja
- Terpaksa memakai lampin kerana tidak mampu banyak bergerak 

Jumlah kutipan : RM2,345


Telah disampaikan oleh Abu Ubaidah



Comments