Puasa Bukan Hanya Berlapar Dan Dahaga

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ.

“Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalannya maka tidak ada hajat bagi Allah untuknya meninggalkan makan minumnya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

‌لَيْسَ ‌الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ.

“Tidaklah puasa itu meninggalkan makan minum tetapi puasa ialah dengan meninggalkan perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaiman]

Pentingnya menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Ini kerana Nabi ﷺ mengingatkan:

رُبَّ ‌صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

“Barangkali orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dahaga sahaja manakala orang yang berqiamullail hanya mendapat penat kerana berjaga pada waktu malam.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]



Semoga Allah ﷻ menerima ibadah puasa dan ibadah qiam kita sepanjang bulan Ramadan ini.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments