Malam Lailatulqadar : Hadis Palsu

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan.

Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk.

Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594.

Justeru riwayat-riwayat sebegini tidak boleh disebarkan.

Muslim perlu berhati-hati dalam menukilkan mana-mana hadis.

Pastikan sahih dahulu.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

اتَّقُوا الحَدِيثَ عَنِّي إلَّا مَا عَلِمْتُمْ، فَمَنْ كَذَبَ عَلّيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menisbahkan sesebuah hadis kepadaku melainkan dalam apa yang kamu pasti. Sesungguhnya barang siapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia bersiap-sedia akan tempatnya dalam api neraka.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Baginda ﷺ turut bersabda:

كَفَى ‌بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.

“Cukuplah seseorang itu dikira sebagai pendusta apabila dia berbicara dengan segala apa yang didengarinya”.

[Sahih. Sahih Muslim]



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI





Comments