OLEH : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Antara amalan yang mendatangkan rezeki ialah, menampung dan menanggung keperluan para penuntut ilmu.
Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, ada dua orang adik beradik lelaki. Salah seorang mereka sentiasa melazimi majlis Rasulullah SAW. Manakala yang seorang lagi sibuk berkerja mencari rezeki, dan dialah yang menanggung makan minum saudaranya yang menuntut ilmu bersama Rasulullah SAW.
لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ
Terjemahan : Boleh jadi kamu diberikan rezeki oleh Allah SWT disebabkannya.
Riwayat Al-Tirmizi (2345) - Bab Bertawakkal Kepada Allah
Ini tidak lari dari konsep yang selalu saya kongsikan iaitu الجزاء من جنس العمل (ganjaran yang kita terima sesuai dengan jenis amalan yang kita lakukan). Dari sudut, jika kita menampung dan menanggung keperluan saudara kita, Allah SWT pasti akan menampung dan menanggung rezeki dan keperluan kita. Wallahul muwaffiq.
Comments
Post a Comment