Bilakah Seseorang Itu Dimaafkan Kerana Kejahilan?

OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy

متى يعذر بالجهل؟
الجواب:
لا يُعذر بالجهل إلا من كان منقطعاً عن العالم ولا يسمع شيء منعزل عن العالم في قطعة من الأرض لا يصل إليها خبر ولم يعلم ببعثة النبي صلى الله عليه وسلم ولم يبلغه شيء عن الإسلام أبدا هذا يعذر بالجهل
أما من كان يعيش في بلاد المسلمين وبين المسلمين أو يعيش في بلاد الكفار وهو يسمع القرآن ويسمع الأحاديث ويحضر الندوات والدروس عند العلماء ويستمر على الشرك فهذا ليس بمعذور لأنه بلغته الحجة لأنه بلغته الدعوة وقامت عليه الحجة قال الله تعالى ( وأوحي إلي هذا القراءن لأنذركم به ومن بلغ ) فمن بلغه القرآن قامت عليه الحجة ولا يُعذر بالجهل
العلامة صالح الفوزان حفظه الله
---
Bilakah seseorang itu dimaafkan kerana kejahilan?
Jawapan:
Seseorang itu tidak dimaafkan kerana kejahilan melainkan jika dia benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar, tidak mendengar apa-apa, hidup terasing di suatu tempat di muka bumi yang tidak sampai kepadanya sebarang berita, tidak mengetahui tentang pengutusan Nabi Muhammad SAW dan tidak pernah sampai kepadanya apa-apa maklumat tentang Islam – maka orang seperti ini dimaafkan kerana kejahilan.
Adapun sesiapa yang tinggal di negara umat Islam dan dalam kalangan kaum Muslimin, atau tinggal di negara bukan Islam tetapi mendengar bacaan al-Quran, mendengar hadis-hadis, menghadiri seminar dan pengajian bersama para ulama, namun masih terus dalam keadaan syirik – maka orang seperti ini tidak dimaafkan. Ini kerana hujah telah sampai kepadanya; dakwah telah sampai kepadanya dan hujah telah ditegakkan ke atasnya.
Allah SWT berfirman:
ۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ
_“Dan al-Quran ini diwahyukan kepadaku untuk memberi peringatan kepada kamu dengannya dan juga kepada sesiapa yang sampai kepadanya (peringatan ini).”_
(Surah Al-An'am: 19)
Maka sesiapa yang telah sampai kepadanya al-Quran, telah ditegakkan hujah ke atasnya, dan dia tidak dimaafkan kerana kejahilan.
— Al-‘Allamah Syeikh Soleh al-Fawzan, hafizahullah
All react
12
5 shares
Like
Share

Comments