Anak Penyeksa Bilal, Bantu Islam

OLEH : Taufia Tuah

Ingat tak kisah Bilal bin Rabbah yang tubuhnya kena hempap dengan batu panas dekat terik panas. Fuhh kisah ni bukan kita je tahu, tapi zaman nabi, kisah ni juga maklum dikalangan Muhajirin dan Ansar.

Bilal diseksa oleh tuannya iaitu Umayyah bin Khalaf. Long story short, Saidina Abu Bakar membeli Bilal dari Umayyah dan membebaskan Bilal.
Jadi Umayyah ni ada anak namanya Safwan bin Umayyah. Masa Fathul Mekah, Safwan belum nak masuk Islam lagi. Walaupun Islam dah menang. Dia meminta masa untuk fikir-fikirkan dalam waktu 4 bulan.
Jadi belum sampai 4 bulan, Islam kena hadapi Perang Hunain. Masa ni Bani Hawazin dengan Bani Thaqif bergabung menentang Islam. Jadi bilangan tentera masa tu besar.
Tapi orang Islam tak cukup senjata. Jadi taptiptup, sedarlah antara orang yang paling banyak senjata di Mekah ialah Safwan. Jadi nabi pun meminta pinjam senjata² Safwan.
Mula² Safwan tanya juga, ni ambil secara paksa atau bagaimana? Tapi nabi jawab hanya pinjam dan dijamin akan pulangkan. Ironinya, senjata² ini juga merupakan faktor kemenangan Muslimin ketika itu.
Safwan pun join juga perang tu walaupun belum Islam. Masa tu perang kerana semangat sukunya lah. Selepas perang Hunain tu lah yang baru Safwan masuk Islam.
To be said, kita tak tahu taufiq dan hidayah Allah ni mcm mana. Siapa sangka, anak kepada penyeksa Bilal, dan musuh Rasulullah ini yang akhirnya membantu Islam dan memeluk Islam. Wabillahitaufiq
Taufiq Tuah
09.07.25 | 13.01.47
SPG, SLG

Comments