OLEH : Taufiq Tuah
Karma berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud "tindakan" atau "perbuatan." Ia merujuk kepada konsep dalam agama-agama seperti Hindu, Buddha, dan Jainisme yang menyatakan bahawa setiap tindakan, sama ada baik atau buruk, akan membawa akibat kepada individu yang melakukannya.
Contoh: Aku menyepak seekor kucing (contoh je) Mengikut karma, aku akan kena perkara buruk selepas itu atas perbuatan aku tadi. Mungkin aku disepak gajah pula ke. Mungkin kopi panas aku minum tumpah atas riba.
Jelas, 'nature' bagi fahaman ini ialah memang buat baik, nanti benda baik datang. Buat jahat, nanti benda buruk datang.
Siapa yang tentukan? Ikut fahaman agama mereka. Ada kata partikel, ada kata kosmik, samsara, cetana dll. Adalah istilah dalam kitab² Budha yang selalunya Bahasa Mandarin. Nak belajar Bahasa Mandarin, tekan link: https://wa.link/n0ci09
Jadi ramai lah yang yakin dengan karma sehinggakan mereka memperkenalkan slogan "karma is real" dan "karma pays back". Termasuk masyarakat kita sendiri. Siap ada yang kata karma ada dalam Islam. Huh?
Kononnya Islam ada juga percaya hukum karma. Tapi Islam panggil kifarah. Ada juga yang kata Qisas. Soalan, betul ke?
KIFARAH IALAH KARMA?
Maaf, aku pun tak tau kifarah tu apa. Ingat lagi aku pernah tanya ustaz aku kat kolej, beliau kata "manade kifarah, yang ada kafarah".
Malah, bukalah dalam mana² dalil, tiada pun perkataan 'kifarah' apatah lagi yang sama makna dengan karma.
KAFARAH IALAH KARMA?
Kafarah berasal dari perkataan Arab كفارة, yang bermaksud "penebus dosa" atau "penutup dosa." Ini sebenarnya dah masuk tajuk feqah.
Dalam beberapa hal, kita kena keluarkan beberapa harta kita atas kesilapan yang kita buat. Contoh, kita ada nazar yang kita tak boleh tunaikan. Jadi kafarahnya ialah, bebaskan seorang hamba atau bagi makan 10 orang miskin.
Bukan semua kesalahan ada kafarah. Malah yang menjalankan kafarah itu ialah kita sendiri (with consent) dan bukannya benda tu auto datang kat kita. Malah nilai pada setiap kafarah itu jelas dan bukannya misteri.
Jelas, Kafarah bukan karma.
QISAS IALAH KARMA?
Qisas berasal daripada bahasa Arab (قصاص) yang bermaksud "pembalasan setimpal" atau "hukuman balas". Ni dah masuk bab undang² jenayah dalam Islam.
Konsep mudahnya, nyawa dibalas nyawa dan luka dibalas luka.
Yang mengambil nyawa orang lain tanpa hak, hukumnya diambil juga nyawanya. Arman sebat orang lain tanpa hak sampai luka, maka Arman juga perlu disebat kembali sampai luka yang setimpal. Maaf lah sebab pinjam nama Arman.
Banyak sahabat aku yang lama duduk Arab Saudi cerita kes² pembun*h yang merayu dengan keluarga mangsa agar dimaafkan sebab tak mau diqisas. Ada yang sampai minta pampasan jutaan riyal. Ada je yang maafkan dan ada juga yang tak hiraupun harta² tu.
Malah ada juga yang ketika golok dah ditengkuk nak dihukum, terus ada waris dari keluarga mangsa yang jerit "berhenti-berhenti aku maafkan dia tanpa pampasan". Betul² last minute punya maaf pun ada. Siap tanpa pampasan. Allahuakbar.
Qisas ialah undang² jenayah. Sangat berbeza dengan konsep karma. Jelas, Qisas bukan karma.
TAKDIR
Sebenarnya, yang baik dan yang buruk tu semua takdir. Bukan datang sebab tindakan kita, tapi sebab Allah yang takdirkan. Takdir bukan datang dari kosmik dan partikel. Takdir ialah ketentuan Allah.
Kau banyak solat sunat pun Allah tetap akan uji. Orang kafir yang tak solat langsung pun Allah tetap bagi jadi kaya.
Perkara baik kita lakukan di dunia, bukan untuk menjamin perkara baik akan datang esok hari. Tapi tidak lain tidak bukan kerana mendambakan pahala dan rahmat dari Allah.
Setiap perkara buruk yang dilakukan pula bakal mendapatkan dosa. Itupun tak semestinya esok hari akan datang pula bala. Malah Allah memberi masa pula untuk kita meminta ampun dari-Nya.
Takdir ini seluruhnya ialah ketentuan Allah. Wabillahitaufiq.
Taufiq Tuah
07.01.25 | 29.06.46
Value, Waghih
Comments
Post a Comment