Pilih Kasih

OLEH : Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya

Selalu kita mendengar ungkapan pilih kasih?
Secara mata kasar dan zahir, manusia sering berbicara tentang keadilan kasih dan bagaimana seseorang itu diperhatikan dan dinilai dlm menunjukkan kasih sayang apatah lagi apabila terpaksa melibatkan insan-insan di sekeliling mereka…
Namun..
Hakikatnya, asas dasar “pilih kasih” yang dilihat dan dinilai oleh orang yg menghukum “ engkau pilih kasih” , “ tak adil dan double standard” , “engkau lebihkan dia” harus diadili dgn hati dan aqal yang waras.
Tak dinafikan, wujud hakikat pilih kasih itu. Wujud ketidak adilan itu.
Namun…
Dalam masa yg sama… kita juga perlu muhasabah, ada asbab di mana “pilih kasih” itu mengambil tempat dalam kehidupan seharian kita.
Senario pertama;
Pilih kasih dlm poligami adalah sesuatu yg “fragile” saat kita nak membahaskan bab ini. Asas pilih kasih atau terlebih kasih sudah pasti dinilai zalim dan tidak adil, hakikatnya, sudah pasti suami itu ada yg dia lebih syg hanya Allah yang mengetahui hakikatnya. Kerana isi hati adalah hal yg ghaib. Tinggal sahaja suami perlu bijak menanganinya bahkan ini dpt difahami dalil dari Quran dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم;

﴿وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا﴾
[ النساء: 129]

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain tergantung ( dibiarkan diawangan). Dan jika kamu memperbaikinya dan memelihara diri (dari kezaliman itu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( AlNisa’ : 129)
Ayat ini jelas menggambarkan kemampuan manusia terbatas dan tak mampu berlaku adil kerana kita manusia dan hanya Allah itu Maha Adil. Ayat itu juga jelas menunjukkan ada kecenderungan cuma sahaja ia tidak perlu ditunjukkan dengan jelas dan perlu menjaga hati dan perasaan yg lain.
Ini dikuatkan dgn hadis Nabi dan menjadi doa amalan Nabi ;

اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلاَ تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلاَ أَمْلِكُ

Maksudnya: “Ya Allah, Ini adalah bahagian yang aku berikan seperti yang boleh aku kawal, maka jangan salahkan aku dengan apa yang Engkau kawal, tetapi aku tidak mampu mengawalnya (iaitu perasaan).” (Riwayat Abu Dawud (2134), al-Nasa’ie (3943), Ibn Majah (1971)
Para ulama dalam mensyarahkan dan menyebutkan tentang hal hati dan perasaan ini zesuatu yang tidak mampu dikawal oleh manusia, bahkan dinyatakan bahawa perasaan kecintaan dan kebencian sukar disukat dan diukur oleh manusia secara tepat ( Lihat Syarh Sunan Abi Dawud, 18/566).
Atas dalil di atas ini menunjukkan, tiada seorang yang bergelar manusia mampu utk adil saksama dalam kasih kerana hakikatnya manusia akan “pilih kasih” secara diam di dalam hati mereka.
Kerana apa?
Kerana manusia adalah insan. Yang Lemah. Dan sudah pasti yang paling mendamaikan hati dan perasaan akan “disayangi” dan “terpilih kasih” secara tidak sengaja.
Sudah pasti akan ada isteri yang lebih disayangi andai ada isteri jika pulang disambut dgn senyuman berbanding isteri yang saat pulangnya disambut dgn herdikan ( contoh mudah).

Senario kedua ;
Tempat kerja. Sudah pasti majikan akan “terpilih kasih” bagi pekerja yg rajin, buat kerja tanpa disuruh, pro aktif, cekap amanah dan banyak lg. Manakan sama perasaan ke atas pekerja yg malas , beralasan dan banyak ponteng dan selalu lewat. Adakah akan sama perasaan dan tindakan? Mustahil sama.
Senario terakhir;
Kasih Antara anak anak kita. Lebih kurang situasi tempat kerja. Saya percaya, antara ibu bapa, akan ada anak yg dia sayang “lebih” sedikit dari yang lain. Ya kita akan cakap sama tak pernah ada beza, tp kekadang kita secara tak sengaja menampakkan hal itu dek kerana kita hamba yg lemah. Kenapa kita terzahir,? Kerana hakikatnya sudah pasti anak itu menyenangkan kita, taat, sopan, hormat, berbanding yg lain . ( menolak situasi ada ibu bapa yg lebihkan anak kerana isu kepandaian, kekayaan etc).
Kesimpulannya, bila kita notis dan tersedar ada elemen “pilih kasih” itu berlaku dan muncul, jangan terlalu cepat “react” dan menghukum “ AH , ENGKAU PILIH KASIH!!!”, kekadang lapangkan hati dan bersangka baik lalu cuba juga utk bermuhasabah, ada kemungkinan diri kita sendiri menjadi asbab mereka TER “ PILIH KASIH” secara tanpa sengaja dan tanpa sedar. Mungkin signal itu memberi dan menjentik hati kita utk mencari jawapan di sebalik pilih kasih itu.
Semoga kita semua dilindungi dari MEMILIH KASIH secara tak wajar dan zalim. Semoga kelemahan kita sebagai insan dalam membahagikan kasih kasih buat insan di sekeliling kita diampuni oleh Allah swt.

Yang mahu dikasihi setiap insan,
Bin Yahaya,
Di bawah awan Yang Maha Pengasih


Photo by Mayur Gala on Unsplash

Comments