Mata Dajal Di Mata Hizbut Tahrir

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Upaya Hizbut Tahrir Menolak Hadis Ahad Dalam Aqidah Dengan Mempolimikkan Mata Dajjal Hizbut Tahrir

 Mengharapkan dengan membawa isu mata Dajjal – buta sebelah kanan atau kiri – akan melumatkan pegangan Ahlul Sunnah yang menerima khabar ahad dalam aqidah, lantas akan berpihak kepada aqidah Mu’tazilah bawaan Hizbut Tahrir!

Namun usaha ini menunjukkan betapa Hizbut Tahrir adalah satu kaum yang terlalu bodoh lagi jahil terhadap ilmu hadis.

Untuk meilhat kapasiti beliau dan para ustaz HT yang lainnya, maka saya meminta mereka membawakan takhrij hadis tersebut namum mereka berdolak dalih sehingga sekarang.


Mengenangkan masyarakat perlu untuk mengetahui dan kegagalan HT untuk membawakan takhrij hadis tersebut maka saya pun membawakan takhrij hadis yang berkenaan.



HADIS YANG MENYEBUTKAN MATA KIRI DAJJAL CACAT

# Dari Abdullah ibnu Mughaffal: “Dia itu adalah dari golongan manusia dengan rambut keriting, mata kirinya buta” (diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabrani dalam kitab Al-Kabir dan kitab Al-Ausath)

# Dari Abu Bakar Ats-Tsaqafi: “Dajjal itu juling mata kirinya. Di antara kedua matanya tertulis: kafir, yang dapat dibaca oleh kalangan ummi dan yang mampu menulis” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

# Dari Huzaifah ibnu Al Yaman: “Dajjal itu juling mata kirinya, rambutnya keriting, membawa surga dan neraka. Nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka” (diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ibnu Majah, Imam Ahmad, Imam Al Hakim dan Abu Daud)

# Dari Huzaifah juga: “Dajjal itu juling matanya sebelah kiri dan lebat rambutnya” (diriwayatkan oleh Imam Muslim)

# Dari sahabat Nabi yang namanya tidak dinyatakan: “Sesungguhnya (Dajjal) itu ada, ia berambut keriting, mata kirinya juling, dia mampu menurunkan hujan dan tidak menumbuhkan tumbuhan, dia mampu menguasai jiwa seseorang lalu membunuhnya" (diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Hambal dan Ibnu Mandah dalam kitab At-Tauhid)

# Dari Safinah –pelayan Rasulullah saw: “Ketahuilah bahawa tidak ada nabi yang diutus sebelumku kecuali telah memperingatkan umatnya tentang Dajjal. Mata kirinya juling, di mata kanannya terdapat alis yang tebal, dan tertulis di antara kedua matanya kata kafir” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Hambal dalam kitab Al Fitan dan Ibnu Asakir)

# “Sesungguhnya dajjal mata kirinya juling, di atasnya terdapat alis yang tebal, dan tertulis di antara kedua matanya: kafir” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya)




HADIS YANG MENYEBUTKAN MATA KANAN DAJJAL CACAT

1. Dari Ibnu Umar: “Aku sungguh akan menggambarkan padamu suatu gambaran yang belum pernah digambarkan oleh nabi-nabi sebelumku. Dajjal itu juling, sedangkan Allah swt tidak juling. Mata kanannya bagaikan buah anggur”
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan putranya dalam kitab As-Sunnah dari jalan Ibnu Abi Ishak dari Nafi')

2. Dari  Ibnu Umar seperti hadis diatas tetapi jalur yang lain: “Sesungguhnya Dajjal juling mata kanannya, seakan-akan matanya itu bagaikan buah anggur”
(diriwayatkan dalam Shahihain dari jalan Juwairiyah dari Nafi')

3. Dari Ibnu Umar: “Rasulullah saw bersabda; Ketika aku tidur, aku bermimpi thawaf di ka'bah, tak tahunya ada seseorang yang rambutnya lurus, kepalanya meneteskan atau mengalirkan air. Maka saya bertanya, 'Siapakah ini? ' Mereka mengatakan, 'Ini Isa bin Maryam'. Kemudian aku menoleh, tak tahunya ada seseorang yang berbadan besar, warnanya kemerah-merahan, rambutnya keriting, matanya juling sebelah kanan, seolah-olah matanya anggur yang menjorok. Mereka menjelaskan, 'Sedang ini adalah Dajjal. Manusia yang paling mirip dengannya adalah Ibnu Qaththan, laki-laki dari bani Khuza'ah”
(diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

4. Dari Ummu Salamah: “Sesungguhnya Dajjal itu juling, sedangkan Allah tidak juling. Dia itu berjalan di muka bumi, sedangkan bumi dan langit adalah milik Allah. Ketahuilah, bahawa Dajjal mata kanannya bagaikan buah anggur”
 (diriwayatkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan Imam Ath-Thabrani)

5. Dari Abu Said Al Khudri: “Ketahuilah bahawa mata kanannya juling dan melotot, matanya itu tidak tersembunyi. Matanya itu seakan-akan seperti lendir yang melekat pada dinding. Mata kirinya seakan-akan bintang yang bersinar” (diriwayatkan oleh Imam Hambal, Abdul ibnu Hamid, Abu Ya'la, Ibnu Asakir dan Imam Al Hakim. Hadis ini memiliki syawahid dari Mujalid dari Abi Al Wadak, ia mengatakan bahawa ia mendengar Abu Said berkata padanya: ‘Apakah kalangan Khawarij mengakui adanya Dajjal?' Maka saya menjawab, `Tidak.' Lalu ia mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
Dari Abu Said: “Sesungguhnya aku adalah penutup seribu nabi. Kebanyakan nabi yang diutus dan diikuti telah memperingatkan umatnya tentang Dajjal. Sesungguhnya bagiku telah jelas perihal Dajjal itu yang belum dijelaskan kepada seseorang. Sesungguhnya Dajjal itu juling, sedangkan Tuhanmu tidak juling. Mata kanannya juling dan melotot….”
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

6. Dari Samrah: “Sesungguhnya Dajjal keluar, dan dia itu buta sebelah mata kanan, di kulit tipis terdapat selaput mata (alis) yang lebat, dan dia mampu menyembuhkan penyakit (mata dan kusta), dan menghidupkan orang mati"

(diriwayatkan oleh  Imam Ahmad dan dihasankan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari)



KESIMPULAN

Keseluruhan hadis yang menceritakan tentang Dajjal, atau mata dajjal buta sebelah kiri atau cacat sebelah kanan adalah mencapai mutawatir maknawi. Ini sungguh menikam dada Hizbut Tahrir yang jahil tentang ilmu hadis.

Dari sini kita akan melihat apakah HT akan menganggap Hadis Mutawatir Maknawi itu membawa kepada qat'i ad dilalah dan qat'i at tusbut, atau ia tetap merupakan hadis ahad yang menunjukkan zann?

Pada tingkatan terendah jumlah turuq atau rawi yang dianggap mutawatir adalah berjumlah 4, maka kita dapati kedua2 hadis yang menyebut mata kanan yang juling atau mata kiri yang juling, kesemuanya melepasi jumlah minimum. Dapatannya kedua-dua hadis berjumlah 7 jalan dengan 5 orang sahabat meriwayatkan mata kiri dan 4 orang sahabat meriwayatkan mata kanan!

Justeru Dajjal itu buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Buta Mata Kiri bersumberkan hadis dari 3 sahabat nabi iaitu Abu Bakrah, Huzaifah dan seorang sahabat nabi yang tidak dinyatakan namanya. Hadis-hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Muslim dalam Shahihnya, Ibnu Majah dalam Sunannya, Hambal bin Ishaq dalam Al Fitan.

Cacat Mata Kanan bersumberkan dari  sahabat nabi iaitu Ibnu Umar dan isteri Nabi iaitu Ummu Salamah. Hadis-hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaiman dalam At Tauhid, At Tabrani dalam Mu’jam, Imam Bukhari dalam Shahihnya, Imam Muslim dalam Shahihnya, Imam Ahmad dalam Musnadnya, Abdullah bin Ahmad bin Hambal dalam As Sunnah.



___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments