Zikir Selepas Solat ?

OLEH: Faiz Sazali


Kenapa tidak tahu adanya zikir selepas Solat yang lain malah nashnya rajih lagi soheh?

Jawapannya, kamu baru tahu saat ini sedangkan zikir yang soheh itu sudah diamalkan 1400 tahun lebih oleh Sahabat Nabi. Kenapa mahu pilih yang tiada dalil sedangkan dalil soheh sudah diketahui.

Maaf, jika jawapannya zikir yang kalian amal sudah lama diamalkan oleh Nenek Moyang sebenarnya tidak tepat tetapi yang benar antum baru ketahuan hari ini, saat ini. Sedangkan amalan zikir yang soheh telah mendahului zikir yang diamalkan oleh Nenek Moyang kamu namun sangat dikesali kita baru ketahuan pada hari ini.

Jika begitu apa yang harus dilakukan adalah belajar Sunnah, belajar kenal dalil, belajar dan fahami apa itu Bid'ah yang sebenarnya bukan mencemuh mereka yang mengatakan amalan itu bid'ah... Bukannya mereka suka menunding itu bid'ah atau sedikit-sedikit bid'ah dan kalian pula menunding jari "hei, kamu ni WAHABI"

Ditegur sedikit sahaja perkara itu salah kerana menyalahi As Sunnah sahaja dipanggil Wahabi sedangkan kesalahan dirimu itu jelas nyata tidak menepati amalan Nabi dan Sahabat. Diri kamu atau siapa yang perlu disalahkan.

Yang salah adalah diri kita yang selama ini ditipu Iblis dan Syaitan dalam Talbis Iblis sehingga tidak tahu yang mana haq dan bathil. Kita hanya sekadar taqlid dengan si fulan bin fulan tanpa selidik apa-apa darinya kerana mereka dikenali sebagai Ustaz, Sheikh, Kiyai, Tuan Guru, Ulama dan sebagainya.

Sebenarnya bukan cara itu. Islam juga mengajarkan adab bagaimana berguru, mencari guru yang tsiqah bukannya mencari kesalahannya tetapi ini soal Agama bukan soal Masakan sedangkan tersalah masak kita sudah bising inikan pula masalah Agama paling Besar dan paling Berat yang perlu kita ketahui.

Ingat, agama Islam ini agama Dalil bukan agama Nenek Moyang kita. Ditekankan lagi sekali harus itu adalah wajib. Wajib kita belajar Sunnah sesuai dengan Manhaj Salaf. Kenapa ada tambahan Manhaj Salaf pula? Apa itu Manhaj Salaf? Tak pernah pun dengar selama ini.

Manhaj Salaf adalah Jalan Lurus atau bahasa mudah untuk senang difahami adalah kaedah yang diambil dari pemahaman Salafus Soleh. Salafus Soleh merujuk kepada generasi Salaf yang soleh dalam 3 kurun yang diperjelaskan dalam sabda Rasulullah sebaik-baik umat iaitu Sahabat, Tabein dan Tabiut tabien.

Jika sekadar Sunnah sahaja orang Kafir sahaja tahu orang Islam perlu solat tetapi solat yang benar mereka tidak tahu. Sekadar melihat orang berdiri, rukuk, sujud dan sebagainya tetapi tidak tahu apa itu semua, bagaimana cara yang sebenar.

Solat itu Sunnah bukan? Tiada alasan bagi kita untuk mengetahui dan belajar agama Islam yang haq. Ya Islam itu haq (benar) tetapi sejauh mana kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri. Benarkah Islam itu membenarkan melakukan Bid'ah dalam Ibadah dan sebagainya? Nak tahu belajarlah....





___________________________
Muhd Faiz Sazali ~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments

Post a Comment