OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Walaupun berbeza aliran akidah, kalau seseorang Muslim itu dizalimi kerana agama Islam yang diperjuangkannya, maka saya akan berdiri membelanya.
Saya tidak sesekali akan berjemaah dengan orang-orang kafir dan munafik menentang seorang Muslim hanya kerana berlainan mazhab dan aliran akidah. Hal ini demikian, kerana Muslim tersebut dalam situasi itu mewakili Islam, bukan mewakili alirannya.
Sekeras-keras penentangan Imam Ibnu Taymiyyah kepada Asha'irah, beliau tetap mengiktiraf jasa dan mengangkat mereka sebagai wakil Ahli Sunnah apabila berdepan dengan ahli bidaah yang seperti Mu'tazilah dan Syiah, apatah lagi apabila berdepan dengan kelompok kafir, ahli falsafah, dan mulhid.
Katanya, “dan mereka dikira termasuk dalam Ahl al-Sunnah wa-al-Jamā‘ah jika dibandingkan dengan kelompok seperti Mu‘tazilah, Rāfiḍah, dan sebagainya, bahkan mereka adalah Ahl al-Sunnah wa-al-Jamā‘ah di wilayah-wilayah yang ahli bidaah di dalamnya ialah Mu‘tazilah, Rāfiḍah, dan seumpamanya.”
Ini manhaj Ibnu Taymiyyah yang sangat insaf dan adil walaupun kepada musuh. Tidak seperti sesetengah Asha'irah hari ini, hanya kerana berbeza mazhab, terus dibiarkan dibantai oleh musuh Islam.
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment