Nahi Mungkar LGBT Kunci Keamanan Dan Keselamatan

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Sewajarnya kita sedar bahawa KEWAJIPAN menolak perbuatan-perbuatan MUNGKAR seperti LGBT adalah TANGGUNGJAWAB yang harus dipikul oleh masyarakat secara BERSAMA.

Ia tidak terbatas kepada ilmuan dan pihak berkuasa semata-mata.



Allah berfirman:

"Mereka yang beriman dan tidak mencampur adukkan IMAN mereka dengan KEZALIMAN, bagi mereka KEAMANAN dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Al-An'aam, ayat 82]


Ayat di atas menunjukkan bahawa pegangan TAUHID serta bebas daripada SYIRIK adalah JAMINAN KESELAMATAN dan ketenteraman buat rakyat sesebuah NEGARA.

Justeru TERSEBARNYA KEMAKSIATAN seperti amalan songsang LGBT dalam sesebuah komuniti, keadaan ini antara lain hanya akan mengundang rasa TAKUT dan BIMBANG ke atas masyarakat, di samping MENGGUGAT KEHARMONIAN dan keamanan NEGARA.

Ini menunjukkan betapa silap dan bahayanya pendekatan sesetengah pihak yang meminta supaya golongan LGBT diberi ruang untuk terus kekal dalam masyarakat, difahami dan dikasihani kerana mereka kelompok minoriti yang tertindas dan sebagainya...

Pendekatan mereka ini hanya akan mengundang KEMURKAAN ALLAH dan membawa negara ke kancah HURU-HARA dan KUCAR-KACIR.

Kepada Allah jua kami memohon petunjuk dan perlindungan.



___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments