OLEH: Dr Fadlan Mohd Othman
Hadis Riwayat Muslim? Benarkan?
Saya ditanya tentang hadis dalam gambar ini, lalu saya buat pencarian menggunakan dorar.net. Pastinya saya bertungkus lumus cuba me terjemahkan semula kata kunci daripada hadis ini seperti:
حق الله، من أصبح، شغلا...
Alhamdulillah akhirnya jumpa hadis ini menggunakan dorar.net.
Namun, ajaibnya, hadis ini bukanlah riwayat al-Imam Muslim. Terus terdetik di hati saya satu keresahan, betapa orang zaman sekarang sewenang-wenangnya meletakkan ungkapan "Hadith riwayat Muslim/ al-Bukhari" semasa-mata untuk menjadikan hadis yang disebarnya diterima oleh orang ramai.
Aduhai, bertambahlah tugas dan tanggungjawab ilmuwan dan penuntut ilmu bidang Pengajian Islam amnya dan bidang Hadis khasnya. Mereka perlu ada kemahiran mengenalpasti status hadis yang diviralkan dalam media sosial.
Baik, hasil carian saya tadi adalah hadis itu sanadnya daif seperti yang disebut oleh al-Hafiz al-Iraqi dalam Tahqiqnya terhadap Ihya Ulumiddin. Bacalah:
1- من أصبح والدُّنيا أكبرُ همِّه فليس من اللهِ في شيءٍ وألزم اللهُ قلبَه أربعَ خِصالٍ همًّا لا ينقطِعُ عنه أبدًا وشغلًا لا يتفرَّغُ منه أبدًا وفقرًا لا يبلُغُ غناه أبدًا وأملًا لا يبلُغُ منتهاه أبدًا .
الراوي : أنس بن مالك.
المحدث : العراقي.
المصدر : تخريج الإحياء.
الصفحة أو الرقم: 3/251.
خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف.
التخريج: أخرجه ابن أبي الدنيا في ((الزهد)) (46)، البيهقي في ((شعب الإيمان)) (10585) مختصراً باختلاف يسير..
Boleh buka linknya di sini:
https://dorar.net/h/c7c419fcb299c0c845c2d0c0a9d547ac
Sekian dahulu, semoga Allah menghilangkan jerebu pada cuaca Malaysia dan jerebu pada hadis daif dan mauduk yang viral.
Hadis Yang Boleh Menggantikan Hadis Di Atas:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ
dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Barangsiapa yang keinginannya hanya kehidupan akhirat maka Allah akan memberi rasa cukup dalam hatinya, menyatukan urusannya yang berserakan dan dunia datang kepadanya tanpa dia cari, dan barangsiapa yang keinginannya hanya kehidupan dunia maka Allah akan jadikan kemiskinan selalu membayang-bayangi di antara kedua matanya, mencerai beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekedar apa yang telah ditentukan baginya."
[HR al-Tirmizi, 2389. Dinilai sahih oleh Al-Albani]
___________________________
~Dr Fadlan Mohd Othman~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment