Hadith Palsu Tentang Hari Rabu

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis





Dinukil oleh al-Imam as-Suyuti didalam al-Laali al-Masnu'ah ( 1/486)

الموسوعة الحديثية:

▪️ سُئلَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلم عن الأيامِ وسُئلَ عن يومِ الأربعاءِ قال : يومُ نحسٍ قالوا : وكيفَ ذاك يا رسولَ اللهِ قال أغرقَ اللهُ فرعونَ وقومَهُ وأهلكَ عادًا وثمودًا

Ditanya nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang hari-hari dan ditanya tentang hari Rabu :

Nabi menjawab: Hari kebinasaan.

Sahabat bertanya : Bagaimana maksudnya Ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: ( hari) yang Allah tenggelamkan Firaun dan kaumnya dan membinasakan kaum Aad dan Thamud.

Terdapat perawi yang dituduh berdusta iaitu Abu al-Akhyal.

___________________________
 Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments