OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI.
Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai kayu ukur CINTA NABI?
Jika diperhatikan secara dekat, AJARAN ISLAM dibahagikan kepada AKIDAH dan IBADAH.
Dalam masa yang sama UMAT ISLAM diperintahkan supaya BERTAKWA.
TAKWA menjurus kepada erti MELAKSANAKAN SURUHAN dan MENJAUHI LARANGAN.
Perkara ini sering ditekankan di awal khutbah Jumaat setiap minggu oleh khatib.
Persoalan di sini, SIMBOL CAPAL termasuk dalam kategori mana? AKIDAH atau IBADAH?
Adakah SYARIAT ISLAM mengajar supaya kita BERIMAN dengan SIMBOL CAPAL?
Atau adakah SYARIAT ISLAM memerintahkan supaya kita MELETAKKAN / MENGGANTUNGKAN SIMBOL CAPAL ini di rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya?
Jawapannya, TIADA sama sekali nas-nas AL-QURAN atau HADIS yang menyatakan sedemikian.
Dengan kata lain, SIMBOL CAPAL ini hanyalah REKAAN dan DIADA-ADAKAN lalu diketengahkan kepada masyarakat ISLAM sebagai sebahagian daripada AJARAN AGAMA.
Perlu ditegaskan di sini bahawa syariat Islam BUKAN sekadar SIMBOL.
Malah dalam ISLAM TIDAK ADA SIMBOL-SIMBOL. Dalam agama lain ada tetapi dalam ISLAM TIDAK ADA.
SYARIAT ISLAM menekankan supaya kita BERAMAL bagi membuktikan KETAKWAAN kita.
TIDAK MEMADAI dengan kita sekadar meletakkan / memakai SIMBOL.
Demikian juga dalam soal CINTA NABI.
Kita perlu MEMBUKTIKAN CINTA NABI dengan BERAMAL sejajar dengan SUNAH NABI.
Malah termasuk dalam PEMBOHONGAN dan SIFAT MUNAFIK apabila seseorang itu mendakwa CINTA NABI tetapi dalam masa yang sama dia MENYALAHI SUNAH NABI dengan melakukan pelbagai amalan TOKOK TAMBAH dan REKA-REKAAN yang diada-adakan dalam AGAMA yang NABI dan para SAHABAT tidak pernah melakukannya.
Walhal para SAHABAT LEBIH FAHAM dan LEBIH BERTAKWA daripada kita.
Adakah anda mahu mendakwa LEBIH FAHAM dan LEBIH BERTAKWA daripada para SAHABAT dalam soal CINTA NABI???
Saya khuatir trend SIMBOL CAPAL ini lebih menyerupai orang-orang KRISTIAN yang menggunakan SIMBOL SALIB.
Jangan pula esok nanti ada pula anak muda Islam memakai RANTAI LEHER SIMBOL CAPAL – nauzubillah – kononnya sebagai tanda CINTA NABI.
Realitinya mereka hanya tasyabbuh menyerupai orang-orang KRISTIAN sedangkan Nabi bersabda:
“Barang siapa MENYERUPAI sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”
[Sahih. Riwayat Imam Ahmad]
Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.
Isu ini juga pernah dibincangkan di dalam artikel sebelum ini.
___________________________
Ustaz Idris Sulaiman
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________
Comments
Post a Comment