Debat 'Flat Earth' Lawan 'Globe Earth'

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Golongan Flat Earth atau Globe Earth tidak perlulah menjaja nama para alim ulama untuk memenangkan pandangan kamu.

Para ulama tersebut bukanlah berpihak kepada mana-mana golongan ataupun memusuhi NASA dan yang seumpamanya.

Mereka cuma menafsirkan ayat Al-Quran atau hadith didalam bab tersebut dan menghuraikannya.

Mereka tiada kaitan dengan golongan bumi sfera atau bumi datar ataupun menyokong mahupun memusuhi NASA, PBB dan seumpamanya.

Kalau anda ingin berhujjah, datangkan pendapat para ahlinya dikalangan ahli-ahli sains, astronomi dan seumpamanya yang memang memegang pendapat tersebut. Bukan pandangan para ulama yang tiada kena mengena dengan kelompok anda dan musuh anda.

Samada anda ingin menjadi penyokong NASA ataupun menjadi musuhnya, itu terpulang pada anda.

Jikalau benar anda ingin menggunakan pendapat para alim ulama', nyatakan pandangan itu dengan adil dan menyeluruh, bukan ambil pandangan yang memihak kepada anda dan membuang pandangan yang tidak selari dengan anda.



P/s : Lebih baik habiskan masa anda untuk menjadi seperti para ulama yang anda jaja, mempelajari fiqhnya, ilmunya, akidahnya dan akhlaknya berbanding anda menjaja sekerat-sekerat pandangannya samada ulama tersebut masih hidup ataupun meninggal dunia.

Boleh lihat ilmu apa yang dikuasai oleh ulama'- ulama' besar ini dan pergilah menggalinya.

Rasanya kalau depan Syeikh ni, mahu diketuk kepalanya sorang demi sorang, kalau Syeikh tahu namanya diguna

___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments