Memasang Tilawah Dengan Kuat

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

1. Syiar Ahl al-Sunnah berzikir pagi dan petang dengan hati yang tawadhu', takut dan merendahkan suara. Tilawah termasuk zikir, dibaca dengan perlahan, ikhlas dan menepati sunnah.

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ (الأعراف: 205)
And remember your Lord in your mind, within yourself with humility and fear, and without raising your voice; remember evening, and do not become of those who are negligent.
[al-A'raf (7): 205]
.
2. Tilawah dengan kelalaian dan tiada tadabbur adalah tidak berguna. Bahkan itu menunjukkan hati yang keras dan terkunci. Tujuan tilawah atau mendengar tilawah adalah tadabbur dan memahami suruhan larangan, tawhid syirik dan halal haram dalam Al-Qur'an.

Tanpa tadabbur itu adalah seperti binatang-binatang ternakan bahkan lebih sesat

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179) الأعراف
Melayu - Basmeih :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayatayat Allah dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orangorang yang lalai
(al-A'raf: 179)

3. Sekadar mendengar tilawah dan lagu tanpa tadabbur dan faham adalah sifat munafiqin.
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (24)
Maka apakah mereka (munafiqun) tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci
.
4. Memasang tilawah dengan kuat di telinga orang lain adalah perbuatan bid'ah, sesat dan haram, mustahil mendapat pahala, bahkan hanya mendapat dosa.



___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
_____________________________

Comments