Pemikiran Liberal Mempunyai Banyak Wajah

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Pemikiran Liberal itu sebenarnya tidak membaku, maknanya tidak memiliki satu wajah semata-mata.

Ia adalah sebuah bintang yang banyak bucu-bucunya, namun kesemua bucunya itu bermuara kepada satu dasar - logika!

Kalau di zaman silam, mereka dianggap sebagai Aqlaniyun, tapi perkataan ini membawa konotasi dan emosi negatif pada umat Islam kerana mengisyaratkan dengan jelas betapa mereka menjadi aqal sebagai masdar!

Lalu dimunculkan sebuah istilah baharu yang lebih 'moderat' dan 'kurang dimengertikan dengan benar' oleh orang awam, iaitu 'liberal'.

Antara tokoh ulama Liberal lulusan Al Azhar adalah Dr Yusuf Al Qaradhawi dan gurunya, Dr Muhammad Al Ghazali. Tentang Al Qaradhawi ini telah banyak para asatizah membicarakannya berbanding Al Ghazali.

Manakala Al Ghazali sedikit yang menceritakannya, mungkin lantaran dia tidak semahsyur anak muridnya itu.

Di zaman awal, kedua-dua tokoh ini sangat dekat dihati, dan tulisan mereka selalu dibaca, namun tatkata membaca buku ulama hadis India - Syaikh Sholahudin Maqbul Ahmad, sedarlah betapa rancunya pemikiran Al Ghazali.

Berbeza sedikit dengan kedua-dua tokoh Ikhwanul Muslimin diatas yang masih dilihat 'klasik', dua tokoh di bawah pula kelihatan lebih 'moderat'.

Mereka adalah dua ahli keluarga Hasan Al Banna iaitu adik bongsunya yang semasa mudanya selalu bersama-sama dengannya bergerak dalam Ikhwanul Muslimin sampai pernah dihumban dalam penjara: Gamal Al Banna.

Serta anak saudaranya yang sekarang berwarganegara Swis, Dr Tariq Ramadhan, yang mula mahsyur di Malaysia akibat dipromosikan oleh IRF dan pendokong mereka.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman
_____________________________

Comments