OLEH: Taufiq Tuah
Alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan. Nak cakap berjaya sokmo, tak juga. Bermula dulu dengan jual baju. Kemudian try jadi dropship produk² jenama. Kemudian menjual buku (alhamdulillah ini antara yang sustain sehingga kini) dan kini pula cuba-cuba nak jual sambal goreng.
Maka macam² lah karenahnya dalam berurusan. Namun ada satu situasi pelanggan yang saya nak 'highlight' di dalam posting ini iaitu, customer cancel order.
Jika order anda di-cancel oleh customer, sabar dan bergembiralah. Sebab?
مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَ اللهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ
"Barang siapa yang menerima pembatalan transaksi yang diminta oleh seorang Muslim maka Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat nanti.’
[HR Abu Daud, disahihkan oleh Sheikh Al-Albani]
Maka jika berhadapan dengan situasi seperti ini, sabarlah. Yakinlah bahawa rezeki Allah itu sentiasa ada.
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
”Sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Pemberi rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.”
(Surah Az-Zariyat : 58)
Kalau bukan dengan pelanggan yang ini, pastilah ada dengan pelanggan yang lainnya. Mungkin saja rezeki itu datang dari arah yang kita tak sangka-sangka. Yakin dengan janji Allah, maka Allah akan beri. Jadi, jangan takut berniaga.
Tapi sebagai buyyer pula, jangan lah 'joy lock item' pula. Seller ni ada had juga ya. Kesian member² seller dengar cerita ramai joy deal. Dah lock item nak beli, sekali tak bayar-bayar. Kesian seller tunggu duit modal masuk. Atleast kalau dah deal lepastu ada kekangan nak bayar, sila beritahu pada seller tu elok². Takpe lah batal pun. Atleast orang lain boleh lah beli pula barang tu.. Wallahualam
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Facebook: https://www.facebook.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment