Aku Tidak Sempurna, Perlukah Aku Menasihati Orang Lain?

 OLEH: Taufiq Tuah


Benar, saya juga banyak buat salah. Alhamdulillah banyak aib saya yang Allah tutupkan. Sehingga Alhamdulillah di mata orang, mungkin saya ini baik-baik sahaja lah.

Namun saya sendiri tahu, saya tak sempurna. Di mana cacat cela, calar balar, cilir bilirnya (tiada di dalam Kamus DBP perkataan ni). Walaupun begitu, itu bukanlah alasan untuk saya tidak memberikan peringatan kepada orang lain. Kerana meenasihati orang, bukan bermakna kita sempurna.

Jika saya menunggu waktu saya sempurna baru lah saya menasihati orang, maka percayalah bahawa saya tidak akan menasihati orang. Jika tunggu saya sempurna barulah saya nak tulis artikel, maka percayalah saya takkan tulis artikel. Kerana saya memang tidak akan sempurna. Malah saya percaya semua orang pada hari ini pun tahu, mereka juga tidak akan sempurna. Lalu siapa pula yang akan menasihati jika masing-masing memberikan 'belum sempurna' sebagai alasan.

Kadang-kala apabila kita menasihati orang lain, sebenarnya kita sedar ,aku perlu menjadi lebih baik. Maka kita sendiri tunjukkan perbuatan baik kita, dihadapan orang yang kita didik terutamanya anak-anak. Memukul isteri sewenang-wenangnya (ini juga memang sudah salah). Kemudian anak kita melihat perbuatan itu. Atau jikapun mereka tak lihat secara langsung, mereka tahu hal itu. Pernah kah kita sedar, apa yang telah terbuku di dalam benak pemikiran mereka (anak-anak)?

1. Ohh pukul orang ni biasa. Normal. Nanti aku nak pukul kawan2 aku macam bapak aku tampo mak aku.

2. Jahatnya bapak aku buat mak aku nangis. Aku taknak jadi macam bapak aku  (Lalu mula lah adegan seorang anak hilang hormat kepada ayahnya malah derhaka pula kepada ayah).

Maka dalam banyak situasi, memang akhlak kelakuan kita juga dilihat oleh orang. Maka depan orang, tunjuk lah yang baik-baik. Maka beruntunglah kepada mereka yang tuhan telah tutupkan aib mereka dikhalayak ramai. Oleh itu, menasihati lah. Biarpun kita tahu banyak kelemahan kita, takpe.

Jangan takut apa orang nak cakap selepas itu. Mungkin saja akan ada cercaan "Alahh kau tu dulu lagi teruk", "ahh kau tak payah buat alim", "kau ingat kau dah perfect ke?" dll. 

Malah kerana ingin meneutralkan cercaan, kita juga tak perlu pun cakap "aku nasihat ni sebenarnya bukan untuk diri korang tapi untuk aku. Tapi kalau korang nak ambil manfaat silakan blablabla". Ayat ini sebenarnya telah mematikan hakikat tugas seorang Muslim yang sepatutnya memang menasihati sesama Muslim. Kalau rasa nak nasihat diri sendiri, monolog sahaja lah dalam hati.

Wallahualam #idontknowmuch

___________________________
Taufiq Tuah
_____________________________

Comments