Berita Palsu Rupanya

 OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Hari ini bila kita dapat tahu suatu berita itu tidak sahih, maka berabis kita pakat2 share sebab sudah terkena, ingatkan berita tu betul rupanya palsu. 

Maka dalam perkara agama pula mcm mana? Masih ramai orang yang kongsikan hadis tp tidak tahu darjat dan taraf hadis, sahih atau tidak. Boleh jadi palsu. Manalah tau.

Ada pula yang berkata, “Buat apa sibuk mahu tau sahih ka tidak, asal namanya hadis cukuplah...” Lalu digelarlah orang yg suka cari2 darjat hadis dengan macam2 gelaran. Padahal jika dia terkena beli barang palsu bukan ori, apa pula reaksi dia? 

Rasulullah ﷺ bersabda:

إن كذبا علي ليس ككذب على أحد، من كذب علي متعمدا، فليتبوأ مقعده من النار

“Sesungguhnya berdusta ke atasku tidak sama seperti berdusta kepada seseorang, sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja, maka ambillah tempat duduknya dari api neraka.”

 (HR. Al-Bukhari, dari sahabat Nabi Al-Mughirah r.a, penomboran Muhammad Fuad Abdul Baqi, no: 1291)


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments