OLEH: Abdullah Izzat
Dalam hadis Sahihayn yang menceritakan tentang kewafatan Abu Talib, setelah Abu Talib meninggal - dalam keadaan kafir kepada Allah - baginda ingin mendoakan agar Allah mengampuni Abu Talib, lalu Allah menurunkan ayat 113 daripada Surat al-Tawbah yang melarang baginda melakukan sedemikian.
Kata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' Sharh al-Muhadhdhab:
ﺃﻣﺎ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻭﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻟﻪ ﺑﺎﻟﻤﻐﻔﺮﺓ ﻓﺤﺮﺍﻡ ﺑﻨﺺ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﺍﻹﺟﻤﺎﻉ
Adapun mensolatkan [jenazah] atas [jenazah] orang kafir serta mendoakan baginya keampunan, maka [hukumnya] haram dengan nass al-Qur'an dan ijmak.
Kata Shaykh al-Islam ibn Taymiyyah dalam Majmu' al-Fatawa:
إﻥ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﻟﻠﻜﻔﺎﺭ ﻻ ﻳﺠﻮﺯ ﺑﺎﻟﻜﺘﺎﺏ ﻭﺍﻟﺴﻨَّﺔ ﻭﺍﻹﺟﻤﺎﻉ
Sesungguhnya memohon keampunan bagi orang kafir tidak dibolehkan dengan [dalil daripada] al-Qur'an, sunnah dan ijmak.
Kalau nak kata "berehatlah kamu" atau seumpamanya kepada orang kafir pun tak boleh!
Dalam sebuah hadis yang sahih, riwayat Ahmad:
ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻗﺎﻟﺖ : ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺎﺗﺖ ﻓﻼﻧﺔٌ ﻭﺍﺳﺘﺮﺍﺣﺖْ، ﻓﻐﻀﺐَ ﺭﺳﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪِ ﻭﺳﻠَّﻢَ ﻭﻗﺎﻝ : (ﺇﻧﻤﺎ ﻳﺴﺘﺮﻳﺢُ ﻣﻦ ﻏُﻔِﺮَ ﻟﻪُ )
Daripada 'A'ishah - semoga Allah meredai beliau - berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang perempuan meninggal dan beristirehat. Lalu Rasulullah marah seraya bersabda: Hanyasanya yang istirehat itu adalah sesiapa yang diampunkan baginya.
Yakni orang Muslim.
Orang kafir takkan diampunkan seletah dia meninggal!
Cukuplah sekadar beristirja' sahaja.

Comments
Post a Comment