Hijrah Memakai Niqab

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya


Telah tersebar khabar yang baik (mudah mudahan) cerita seorang figura yang membuat keputusan untuk memakai Niqab.

Moga ia menjadi salah satu sunnah hasanah yang menjadi asbab kepada insan lain mengikut jejak langkahnya.

Sungguh jgn kita memandang rendah saat bila hidayah menyapa. Kadang kadang seolah kita sangka dia tak akan mencapai hidayah, ttiba ia muncul di depannya. Kadang kadang, kita sangka seseorg itu sudah pasti mendapat rahmat Allah tapi akhirnya tersungkur di pintu kesesatan.

Begitulah hakikat insan yang tidak maksum yang penuh dosa.

Nabi kita sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak adam (tidak pernah sunyi) dari kesilapan, namun ketahuilah yang paling baik dari diantara yang melakukan kesalaha adalah yang mereka yang bertaubat.” (HR. Tirmidzi no. 2499; Ibnu Majah, no. 4251; Ahmad, 3: 198. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Kata sebahagian salaf, yang dimaksud at-tawwabun adalah:

أَيْ الرَّجَّاعُونَ إِلَى اللَّهِ بِالتَّوْبَةِ مِنْ الْمَعْصِيَةِ إِلَى الطَّاعَةِ .

“Orang yang mahu kembali pada Allah dari maksiat menuju ketaatan.“ dengan kata lainnya, keinginan utk  berhijrah dari maksiat dahulu menjadi lebih baik pada waktu ini.

Berhijrah itu perlukan kekuatan dan sokongan, namun jgn dilupa untuk istiqamah itu perlukan keajaiban yang berterusan.

Benarlah kata Ibn Qayyim Aljauziyyah di dalam Madarij Salikin

أَعْظَمُ الكَرَامَةِ لُزُوْمُ الاِسْتِقَامَةِ

“Karamah yang paling besar adalah jika dia mampu untuk terus istiqamah.”

Moga Allah beri kekuatan pada semua yang bergelar insan untuk membaiki keadaan kita untuk sentiasa menjadi Muslim yang baik dari hari hari yang lain dan seterusnya bertemu Allah Jalla jalaluh.

Renunglah firman Allah, semoga Allah sentiasa menambah kebaikan kepada kita berterusan melalui petunjuknya. 

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى

“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.”

 (QS. Maryam: 76)

___________________________
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
_____________________________

Comments