OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Lambang salib ini seringkali muncul dalam tamadun Mesir Purba yang dipanggil sebagai ankh, membawa maksud 'kehidupan'.
Simbol ankh juga sangat lazim dijumpai dalam tamadun Mesopotamia dan Persi, dan juga pada meterai Raja Hizkia dalam agama Yahudi.
Lanjutan dari simbol ini dibawa kedalam agama Nasrani oleh kaum Nicene.
Sebagaimana lambang bulan sabit dengan bintang berbucu lima yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh Turki Uthmaniyah setelah menakluk Kota Kostantinopel yang pada ketika itu turut memakai lambang tersebut di puncak kubah bangunan mereka, tetapi bintangnya lebih banyak bucu.
Majlis Kostantinopel pada tahun 707M telah menetapkan bahawa lambang kayu salib dengan Yesus yang dipaku padanya dijadikan sebagai simbol Agama Nasrani.
Majlis Pertama Kostantinopel disidangkan oleh Kaisar Byzantine Theodosius I pada 381M untuk mengesahkan Aqidah Nicene yang mendapat tentangan dari Kaum Arius.
Kaum Arius menentang aqidah sesat ajaran Paulus atau nama aslinya Saulus, yang kemudiannya dikembangkan oleh para pengikutnya.
Dari aqidah Nicene inilah muncul konsep tiga oknum atau triniti, yang semacam trimurti dalam agama Sanatana Dharma (Hindu).
Kaum Arius dihabisi oleh Kerajaan Byzantium sehingga lumat, dan sejarah kewujudan mereka dikambus rapat.
Namun ketika Nabi Muhammad saw mengutus warkah pada Kaisar Heraklius setelah berlalu hampir tiga kurun kasus pembantaian kaum Arius, dengan menyebut sebuah istilah 'Arisiyin', menyebabkan Heraklius sedar bahawa Muhammad adalah bukan orang biasa.
Bagaimana dia mengetahui sebuah rahasia yang hanya diketahui oleh para kaisar!
Kalimat Arisiyin ini ditafsir oleh pelbagai makna, antara sebagai kaum petani yang ditindas oleh Kaisar. Tapi yang lebih tepat adalah menunjuk kepada kaum Arius.
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Facebook: https://www.facebook.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment